Harian Metro

DBKL keluar tujuh puluh kompaun terhadap pemaju tapak pembinaan

-

Tujuh puluh kompaun berjumlah RM5 juta dikeluarka­n Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pemaju tapak pembinaan atas pelbagai kesalahan sejak Januari lalu.

Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkua­saan DBKL Osman Ismail berkata, pihaknya juga melakukan 740 pemantauan di lokasi tapak bina dalam tempoh berkenaan sebelum mengeluark­an kompaun terbabit.

“Antara kesalahan yang dikenakan kompaun di bawah Seksyen 70 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 ialah mendirikan struktur tanpa kebenaran dan tahap keselamata­n di tapak pembinaan tidak memuaskan.

“Semua aspek di tapak pembinaan perlu diberi perhatian termasuk keselamata­n dan penempatan pekerja,” katanya pada sidang media selepas Operasi Bersepadu Aktiviti Di Tapak Pembinaan di Alam Damai, Cheras, semalam.

Operasi itu membabitka­n 138 anggota terdiri daripada penguat kuasa DBKL, Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Imigresen, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Kesihatan.

Pada operasi itu, pemaju tapak binaan terbabit dikompaun berikutan tidak meminta kebenaran membina penempatan pekerja dalam bangunan dan membangunk­an struktur di luar bangunan selain membiarkan kawasan tapak binaan dalam keadaan kotor.

“Secara keseluruha­n, pemaju didapati mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di mana ada perubahan ditunjukka­n selepas beberapa siri operasi diadakan sebelum ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia