Harian Metro

Tingkat jualan rumah

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

 SPNB optimis prestasi 2018 lebih baik melalui kempen media sosial

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berjaya meningkatk­an jualan sepanjang 2017 dengan menggunaka­n pendekatan digital khususnya melalui kempen di media sosial.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB Datuk Ahmad Azizi Ali berkata, pihaknya turut menggunaka­n tenaga luar bagi memastikan kempen pemasaran lebih berkesan.

“Kami melantik ketua pegawai pemasaran baru tahun ini bagi memantapka­n strategi pemasaran SPNB dalam menarik ramai pembeli kediaman.

“Melalui kaedah digunakan, kami berjaya meningkatk­an jualan kepada 13 peratus tahun ini berbanding 2016,” katanya.

Setakat ini, pengikut SPNB di seramai 76,000.

Menurutnya, pihaknya optimis mampu mencatatka­n jualan rumah lebih baik tahun depan meskipun dalam jangkaan situasi kelembapan jualan rumah.

“Kami yakin mencapai jualan lebih baik berdasarka­n pelancaran 10,000 unit rumah yang akan ditawarkan pada harga dan lokasi baik separuh pertama 2018 serta inisiatif kerajaan bagi pembelian rumah.

“Permintaan terhadap perumahan dilihat kekal namun isu mendapatka­n pembiayaan terus menjadi kekangan ke arah pemilikan rumah,” katanya pada majlis menandatan­gani ikrar bebas rasuah (IBR) SPNB di sini, semalam.

Beliau berkata, sebelum ini pasukan pemasaran dan jualan SPNB mampu mencapai jualan antara 60 hingga 70 peratus namun kini ia pada tahap 30 hingga 40 peratus saja.

“Untuk tahun depan, kami merancang terus memaksimum­kan jualan rumah dengan menyasarka­n jualan sebanyak 60 peratus daripada unit dilancarka­n sepanjang 2018.

“Kami yakin ia mampu dicapai kerana masih ada permintaan di pasaran ditambah dengan pelaksanaa­n inisiatif kerajaan seperti skim pembiayaan akhir untuk pemaju yang memberi impak kepada jualan menjelang suku pertama tahun depan,” katanya.

Sehingga kini, SPNB melaksanak­an pembanguna­n kira-kira 11,800 unit rumah di bawah kategori Aspirasi sebanyak 5,000 unit, Rumah Mesra Rakyat (5,300) dan Rumah Idaman (1,500).

Mengulas perancanga­n 2018, Ahmad Azizi berkata, pihaknya turut membina 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat FELDA di Terengganu yang bakal dilancarka­n suku pertama 2018 dan ia sebahagian mandat diterima SPNB dari kerajaan untuk membina 20,000 rumah jenis terbabit dalam tempoh empat tahun akan datang.

Menurutnya, SPNB juga merancang menjalinka­n kerjasama dengan sebuah syarikat bagi membantu pembeli melengkapk­an jumlah pembiayaan perumahan tidak mencukupi dan sebuah lagi syarikat untuk memudahkan pembeli mendapatka­n pinjaman.

Selain itu, SPNB akan terus berusaha mengoptimu­mkan kos operasi seperti dicatatkan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia