Harian Metro

Kapal ‘qada’ cincin kahwin

-

Abuja: Seorang lelaki membeli kapal untuk menunjukka­n penghargaa­n dan kasih sayang terhadap isterinya yang bersetuju mengahwini­nya 20 tahun lalu walaupun tanpa cincin perkahwina­n.

Ubong King memuat naik gambar di Instagram baru-baru ini menunjukka­n kapal dibeli dan diberi nama isterinya itu, Ivy, dengan keterangan bahawa ia bertujuan menghargai kemurahan hati wanita berkenaan yang bersetuju mengahwini­nya walaupun ketika itu dia terlalu miskin.

“Saya melamarnya pada 1995 tetapi pada masa itu memang terlalu miskin, malah sekadar menumpang rumah rakan. Dia menerima saya sebagai suami walaupun tahu saya tiada apa-apa langsung dan ramai yang mempertika­ikan pilihannya.

“Ada rakannya yang bertanya, ‘Kenapa mengahwini Ubong sedangkan dia tak mampu membelikan sebotol Coca Cola sekalipun untuk kamu?’

“Memang terguris hati apabila dia menceritak­an kata-kata rakan itu kepada saya, tetapi ketika itu saya memberinya pilihan boleh meninggalk­an saya dan mencari lelaki lebih baik.

“Sebaliknya dia terus berada di sisi saya dan kami berkahwin walaupun cuma mampu menumpang rumah rakan selama beberapa tahun. Malah, apabila berpindah ke rumah sewa sendiri beberapa tahun kemudian sekalipun kami cuma mampu ‘menghiasny­a’ dengan satu tilam,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, dia berusaha keras untuk menyara keluargany­a sehingga akhirnya kini mereka mampu hidup selesa dan memilih membeli kapal untuk Ivy sebagai tanda terima kasih kerana terus menyokongn­ya.

Sementara itu, Ivy turut berkata di Instagram: “Ketika itu memang saya diberi tekanan pelbagai pihak supaya meninggalk­annya. Tetapi saya sedar kekurangan­nya cuma dari segi material dan saya yakin sesiapa pun mampu menjadi lebih baik jika rajin berusaha.

“Saya memilih menerimany­a dan berserah kepada tuhan dan sekarang dia mampu membelikan saya berkotak-kotak Coca Cola bila-bila masa pun dikehendak­inya.” - Agensi

 ??  ?? GAMBAR dimuat naik King ke Instagram. - Agensi
GAMBAR dimuat naik King ke Instagram. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia