Harian Metro

Terpelanti­ng ditolak angin kencang Tamat seksa 15 tahun

- Reuters

Seorang wanita berusia 70 tahun cedera apabila terpelanti­ng ditiup angin kencang ketika keluar ke balkoni kediamanny­a untuk merokok.

Wanita itu bagaimanap­un bernasib baik selepas terjatuh ke atas salji yang baru turun sebelum dibawa ke hospital menaiki lori pembinaan kerana ambulans tidak mampu sampai ke situ akibat salji lebat.

Kejadian berlaku awal Isnin lalu di Shakhtyors­k, Sakhlani, timur Russia, yang ketika itu dilanda angin kencang. Mangsa keluar merokok di balkoni kediamanny­a di tingkat empat.

Mangsa cuma patah tangan dan tulang rusuk. - Agensi

Sepasang suami isteri ditahan susulan mayat anak perempuan mereka berusia 33 tahun yang cuma seberat 19 kilogram ditemui akibat mati kesejukan di dalam bilik yang menjadi penjaranya sejak sekurang-kurangnya 15 tahun lalu.

Yasutaka Kakimoto, 55, dan isterinya, Yukari, 53, mengaku mengurung anak mereka, Airi dalam bilik seluas tiga meter persegi itu selepas wanita itu mula menunjukka­n masalah sakit mental yang menyebabka­nnya ganas serta sukar dikawal sekitar usia 16 tahun.

Jabatan Polis Wilayah Osaka berkata, mayat Airi setinggi 145 sentimeter dalam keadaan kurus kering dan ibu bapanya mengaku cuma memberinya makan sekali sehari.

Pasangan berkenaan membuat penambahan bilik kepada rumah mereka yang turut dimuatkan kamera dan pintu yang hanya boleh dikunci daripada luar. Bilik itu juga mempunyai tandas dan tiub yang menyalurka­n air dari tangki di luarnya.

Kira-kira 10 kamera pengawasan turut diletakkan di luar rumah satu tingkat itu yang dikeliling­i pagar setinggi dua meter.

Menurut polis, pasangan berkenaan mendapati anak mereka tidak bernyawa pada 18 Disember lalu, tetapi cuma melaporkan kematianny­a pada Sabtu kerana ‘ingin masa bersamanya.’

Pasangan itu ditahan kerana disyaki melupuskan mayat, yang lazimnya membayangk­an tuduhan lebih serius mungkin akan dikenakan kemudian.

 Wanita sakit mental ditemui mati kesejukan dalam bilik kurungan di rumah ibu bapa

 ??  ?? BAHAGIAN rumah tempat
Airi dikurung. - Agensi
BAHAGIAN rumah tempat Airi dikurung. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia