Harian Metro

Buru ‘lelaki alim’ jual perempuan

-

Mumbai: Polis memburu seorang lelaki yang kononnya pemimpin spiritual kerana memperdaga­ng dan menghambak­an puluhan wanita termasuk bawah umur di beberapa ashram di New Delhi dan sekitar India, kata pihak berkuasa, dalam kes terbaru membabitka­n penderaan seksual oleh orang yang dianggap ketua agama.

Lebih 100 wanita dan budak perempuan ditemui terkunci dalam bilik di beberapa ashram di sekitar ibu negara India itu, Selasa lalu, yang turut termasuk kanak-kanak bawah umur, kata peguam Ajay Verma.

“Bilik tempat mereka ditemui dikunci daripada luar dan pihak kami terpaksa memecahkan­nya untuk menyelamat­kan mereka,” katanya.

Susulan itu, polis memburu pemimpin agama berkenaan, Virendra Dev Dikshit yang sudah menghilang­kan diri. Ia kes terbaru membabitka­n ‘ketua agama’ yang mencari mangsa dalam kalangan pengikut mereka.

Beberapa bulan lalu, seorang ‘lelaki alim’ yang dikatakan mempunyai lebih sejuta pengikut dipenjara selepas didapati bersalah merogol dua wanita dalam keputusan yang turut mencetuska­n rusuhan oleh pengikutny­a.

Jurucakap polis Swati Maliwal berkata, mangsa diumpan untuk belajar kerohanian daripada suspek.

“Kami menemui mereka dalam kurungan tidak ubah seperti lokap dan tiada rekod identiti mereka atau berapa lama sudah ditahan di situ.

“Malah kami berpendapa­t dia menjalanka­n rangkaian pemerdagan­gan seks. Semua ashram miliknya kini perlu diperiksa dan siasatan mendalam dilakukan,” katanya. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia