Harian Metro

‘Ratu hidup mati’ kejam dijel 14 tahun

-

Sarajevo: Seorang bekas askar wanita Croatia dipenjara 14 tahun oleh mahkamah di sini, semalam, kerana jenayah perang termasuk melakukan penyeksaan dalam hukuman paling berat terhadap wanita kerana kekejaman ketika perang Bosnia pada 1990-an.

Azra Basic, 58, dikestradi­si ke Bosnia pada lewat 2016 dari Amerika Syarikat, di mana dia melarikan diri selepas perang yang berakhir pada 1995 itu. Dia ditahan pada 2011 berdasarka­n waran dikeluarka­n Bosnia, manakala perbicaraa­nnya bermula Januari lalu.

Azra didapati bersalah kerana jenayah perang terhadap orang awam etnik Serbia yang ditahan tentera Croatia pada April 1992 di Derventa.

Ketika menjatuhka­n hukuman, Hakim Sead Djikic berkata, tertuduh bertindak amat kejam, malah ada saksi menggelarn­ya ‘ratu kehidupan dan kematian’ ketika perang yang meragut hampir 100,000 nyawa itu.

Azra didapati bersalah membunuh seorang tahanan, Blagoje Djuras dengan kejam.

“Ketika Djuras melutut selepas dibelasah teruk dan dipegang dua tahanan lain, tertuduh menghampir­inya dengan membawa pisau sebelum menikamnya di leher,” kata Djikic.

Dia turut menyeksa puluhan tahanan lain, sama ada secara sendirian atau dengan bantuan anggotanya termasuk memukul, menendang dan menumbuk mereka, malah ada juga yang dibelasah menggunaka­n kayu besbol.

Keterangan turut menyatakan dia melakar salib pada belakang dan dahi mangsa.

Azra antara puluhan wanita didakwa atas jenayah dilakukan ketika perang berkenaan.

Bekas naib presiden Bosnia Serbia, Biljana Plavsic, 87, kekal penjenayah perang wanita paling terkenal dari perang berkenaan. Dia satu-satunya wanita yang dibicaraka­n di mahkamah jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di The Hague dan dipenjara 11 tahun pada 2003 selepas mengaku salah. - AFP

 ??  ?? ARTIS Manipuri, Danachand Singh, 22, mengimbang­kan badannya atas mata
lembing di Sarkas Rambo, Mumbai, India.
- EPA
ARTIS Manipuri, Danachand Singh, 22, mengimbang­kan badannya atas mata lembing di Sarkas Rambo, Mumbai, India. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia