Harian Metro

Siapa gandingan selepas ini, saya tak kisah: Tang Jie

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selepas sering tumpas pada pemain kurang ternama selain gagal memberi saingan kepada lawan utama, Chen Tang Jie kini berazam untuk fokus kepada usaha memperting­katkan kekuatan mental bagi menghadapi musim baru.

Pemenang gangsa Kejohanan Remaja Dunia 2016 acara beregu campuran itu, menga kui sepanjang tahun ini ada menunjukka­n peningkata­n apabila muncul naib juara Siri Antarabang­sa Malaysia, New Zealand dan juara Siri Antarabang­sa India, namun ia masih belum sempurna.

“Saya rasa selepas ini perlu memperbaik­i tahap kekuatan mental dengan lebih terperinci sebelum beraksi di mana-mana kejohanan luar,” kata pemain berusia 19 tahun itu mengulas azamnya musim depan.

Mengulas lanjut, Tang Jie juga berjanji akan sentiasa memberikan aksi terbaik tidak kira siapa pun gandingann­ya tahun depan, iaitu sama ada Cheah Yee See mahupun Peck Yen Wei.

“Siapa saja gandingan saya selepas ini saya tidak kisah. Paling penting ialah saya mampu melakukan yang terbaik untuk mereka. Bagi saya kedua-dua pemain (Yee See dan Yen Wei) mempunyai kelebihan masing-masing dan sama-sama sentiasa bekerja keras.

“Saya boleh bermain dengan mana-mana pemain sekali pun. Ini kerana saya akan cuba menyesuaik­an diri dengan pasangan agar permainan yang lebih baik dapat terhasil,” katanya.

Berdasarka­n rekod tahun lalu dan musim ini Tang Jie jelas sekali layak dilabel sebagai pemain versatil walaupun kerap kali bertukar gandingan.

Dia meraih gangsa dalam acara beregu campuran di Kejohanan Remaja Dunia di Bilbao, Sepanyol ketika berganding­an bersama Toh Ee Wei, manakala ketika bergelar naib juara Siri Malaysia dan New Zealand beregu lelaki, gandingann­ya ketika itu ialah Soh Wooi Yik.

Kejayaan pada Siri Antarabang­sa India pula terhasil selepas memperagak­an aksi mantap bersama pemenang pingat perak beregu campuran Sukan Olimpik Rio 2016, Goh Liu Ying.

Tang Jie akan memulakan kempen 2018 dengan beraksi di Masters Thailand (9 hingga 14 Januari) berganding­an bersama Yen Wei, manakala di Masters Malaysia (16 hingga 21 Januari) dia bakal bergabung tenaga bersama Yee See.

 ??  ?? TANG Jie (kiri) berjanji akan sentiasa mempamerka­n prestasi terbaik.
TANG Jie (kiri) berjanji akan sentiasa mempamerka­n prestasi terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia