Harian Metro

Rat harap rakyat Malaysia doakan kesihatan Poad

-

Kuala Lumpur: Jurulatih pecut negara Mohd Poad Md Kassim dikhabarka­n sedang bergelut dengan masalah kesihatan dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sejak awal bulan ini.

Difahamkan jurulatih itu ditempatka­n di HSA dari 6 hingga 17 Disember lalu sebelum dibenarkan keluar dan sempat meluangkan masa bersama keluarga.

Beliau kemudianny­a terpaksa dimasukkan kembali kira-kira seminggu kemudian kerana masalah batuk yang sering kali berulang.

Berikutan itu Poad yang bergelut dengan jangkitan kuman paru-paru menerima rawatan lanjut hingga memaksa doktor memberikan beliau ‘rehat’ dan kini berada dalam keadaan koma.

“Keadaan Mohd Poad masih seperti semalam, tapi beliau sudah semakin stabil. Doktor memaklumka­n kuman masih ada namun beliau sudah diberikan antibiotik serta sampel darah sudah diambil untuk diuji,” kata Muhamad Rat Md Kassim, abang jurulatih itu ketika dihubungi, semalam.

Rat, 52, yang juga bekas pemain dan jurulatih ragbi kebangsaan berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahter­aan jurulatih itu supaya kembali pulih seperti sedia kala.

Rat turut memaklumka­n Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail sudah melawat Poad semalam, selain anak buahnya termasuk raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan dan Badrul Hisyam Abdul Manap, hari ini.

Sebagai rekod, Poad adalah guru dari Chabau, Jasin, Melaka yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani Open University Malaysia (OUM).

Antara kejayaanny­a adalah melahirkan pemenang pingat emas acara pecut 100 meter Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Khairul Hafiz.

Poad membentuk The Speedy Jantan untuk menamatkan kemarau 14 tahun emas negara bagi acara riben

>>Poad kini berada dalam keadaan koma ekoran jangkitan kuman paru-paru

biru dengan catatan masa 10.38s, sekali gus menewaskan juara edisi lalu dari Filipina, Eric Cray.

Tahun ini juga, Poad membantu Khairul Hafiz memecahkan rekod kebangsaan acara 200m berusia 49 tahun di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017 pada 18 Julai dengan kepantasan 20.90s. Ia sekali gus meleburkan rekod lama 20.92s milik Tan Sri Dr M Jegathesan yang dilakar pada Sukan Olimpik Mexico 1968.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia