Harian Metro

Tagih saingan kompetitif

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Malaysia kini perlu berdepan apa saja cabaran termasuk bertemu pasukan terbaik dunia pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Mac depan dalam usaha meraih keputusan terbaik di kejohanan jemputan tertua di dunia itu.

Kapten skuad hoki negara Sukri Mutalib berkata, Malaysian Tigers tidak boleh lagi kekal ditakuk lama mengharapk­an perlawanan yang kurang kompetitif dengan pada masa sama mengintai peluang untuk memenangi piala berprestij itu.

“Mungkin ada yang menyatakan pemain negara akan menerima kejutan kerana ini adalah kejohanan pertama mereka tahun depan selepas sekian lama tak beraksi. Tapi bagi saya, kami perlu ambil cabaran ini sebab Malaysia sudah berada di tahap lebih tinggi.

“Jadi, kami perlu bersedia dari segala aspek. Tak guna menjemput pasukan yang tak berapa kuat, kemudian Malaysia muncul juara, tapi objektif sebenarnya tidak tercapai,” katanya.

Daripada tujuh pasukan yang mengambil bahagian termasuk Malaysia dan Pakistan, lima daripadany­a menduduki kelompok 10 terbaik dunia didahului pasukan ranking pertama dunia, Australia dan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Argentina yang juga menduduki ranking kedua.

Pasukan gergasi Asia yang juga juara Piala Asia di Dhaka, India yang kini menduduki ranking keenam dunia, diikuti England (7) dan Ireland (10) melengkapk­an senarai tujuh pasukan yang bertanding.

Malaysia di ranking ke-12 hanya lebih baik berbanding Pakistan di tempat ke-13, sekali gus menyaksika­n usaha anak buah Stephen Van Huizen untuk memenangi kejohanan itu buat kali pertama dalam sejarah tampak begitu sukar.

Jelas Sukri, kehadiran kuasa besar itu membolehka­n skuad negara memperoleh perlawanan kompetitif sebagai persediaan menghadapi saingan seterusnya termasuk Sukan Komanwel Gold Coast, sebulan selepas itu.

“Kami tidak muncul juara pun tak apa sebab objektif utama adalah kami mahukan perlawanan kompetitif sebelum bermulanya Sukan Komanwel,” ujarnya.

 Sukri mahu rakan fokus hadapi cabaran pasukan terbaik

 ??  ?? SUKRI (depan) gesa rakan sepasukan ambil peluang pamer kemampuan hadapi cabaran pasukan terbaik pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Mac depan.
SUKRI (depan) gesa rakan sepasukan ambil peluang pamer kemampuan hadapi cabaran pasukan terbaik pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh, Mac depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia