Harian Metro

Kembali beraksi

-

Bekas pemain nombor satu dunia Novak Djokovic mengakui ketiadaann­ya selama enam bulan daripada kancah tenis mengajarny­a supaya tidak memandang remeh mengenai kariernya.

Pemain Serbia berusia 30 tahun itu tidak bermain sejak Wimbledon Julai lalu apabila kecederaan siku yang berpanjang­an memaksanya mengakhiri musim 2017 lebih awal.

Berikutan itu, pemenang 12 kejuaraan utama itu menyaksika­n ranking dunianya merudum ke tangga ke-12, kedudukan terburukny­a dalam tempoh 10 tahun.

“Turun naik buat saya dalam tempoh setahun setengah kerana isu ini. Saya tidak pernah menjalani pembedahan dalam hidup saya, saya tidak pernah mengalami kecederaan besar yang menyebabka­n saya tidak bermain dalam jelajah bagi tempoh lama,” kata Djokovic.

“Saya tidak pernah terlepas acara Grand Slam dalam karier saya. Ia satu keputusan besar, keputusan penting

(gambar)

untuk dilakukan. Saya tidak boleh bermain lagi, tiada pilihan. Saya sudah tidak boleh mengangkat lengan lagi.”

Djokovic akan kembali ke gelanggang di Abu Dhabi bagi kejohanan pra musim Kejuaraan Dunia Mubadala bermula hari ini hingga Sabtu.

Dia kemudian

 Djokovic muncul semula pada Kejuaraan Dunia Mubadala

dijangka memulakan musim kompetitif sebagai pilihan utama pada Terbuka Qatar minggu depan sebelum melancarka­n bidaannya memburu kejuaraan ketujuh Terbuka Australia.

Sesudah mengambil bekas pemain jelajah Radek Stepanek menyertai pasukan kejurulati­han diketuai Andre Agassi, Djokovic hanya memukul bola semula di Monaco empat minggu lalu.

“Saya sudah mendapat satu pengajaran kerana saya mahu mengelak mendapat kecederaan hingga ke tahap itu selepas ini,” ujar Djokovic.

“Secara jujur ia satu pengajaran hebat. Tidak mudah buat saya tidak bermain dalam tempoh lama.” - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia