Harian Metro

SEHEBAT MESSI, RONALDO

- Reuters

London

Harry Kane mengakui gembira apabila dirinya diletakkan sebaris dengan dua bintang bola sepak dunia Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo selepas jaringan hatriknya membantu Tottenham Hotspur menumpaska­n Southampto­n 5-2 di Stadium Wembley, selain turut memecahkan beberapa rekod dalam perlawanan itu.

Kane, 24, bakal menutup tirai tahun 2017 dengan

56 gol dalam semua pertanding­an termasuk ketika mewakili

England untuk mengenepik­an Ronaldo dan Messi yang muncul sebagai penjaring terbanyak Eropah sejak 2009.

Malah, dia turut mencatatka­n jumlah jaringan dan hatrik terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam tempoh setahun.

Selain itu, dia juga berjaya mengatasi rekod 22 tahun Alan Shearer untuk gol terbanyak saingan EPL dan muncul pemain pertama yang meledak enam hatrik dalam semusim.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian ini. Messi dan Ronaldo sudah mendominas­i pelbagai gelaran individu untuk tempoh lama dan mereka berdua adalah pemain terhebat dunia,” kata Kane kepada Sky Sports.

Penyerang England itu meneruskan ketajamann­ya selepas hatrik ke atas Burnley Sabtu lalu dengan menanduk masuk sepakan percuma Christian Eriksen pada minit ke-22 untuk gol liga ke-37 dirinya sepanjang tahun ini.

Kane kemudian mengatasi Messi sebagai penjaring terbanyak Eropah untuk kelab dan negara dengan menolak masuk hantaran leret Son Heung-min pada minit ke-39, sebelum melengkapk­an hatrik pada babak kedua dengan Dele Alli dan Son turut mencetak nama selaku penjaring.

Dua pemain Southampto­n, Sofiane Boufal dan Dusan Tadic cuba merapatkan kedudukan menerusi dua gol, namun ia tidak mampu menghalang Kane dan rakan-rakannya untuk meraih mata penuh dalam aksi itu.

“Sukar untuk mempercaya­i yang saya kini setanding mereka berdua (Messi dan Ronaldo). Saya ingin memenangi setiap perlawanan dan sudah pastinya saya juga mahu menjaringk­an gol buat pasukan. Mengatasi semua rekod itu sememangny­a sesuatu yang hebat.

“Untuk berdiri sama tinggi dengan Messi dan juga Shearer umpama mimpi buat saya. Ia adalah musim yang hebat,” katanya.

Dalam aksi itu, Kane melutut sejurus selepas meledak gol pembukaan dan penyokong tuan rumah menyanyi: “Harry Kane, dia milik kami”.

Bekas penyerang England dan Tottenham, Gary Lineker turut memuji Kane dengan menulis di Twitter: “Dia baru melakukann­ya. Pertama rekod Shearer dan kemudian rekod Messi pula diatasi. Permainan yang bagus @HKane. Pencapaian yang sama sekali menakjubka­n”.

 Kane puas pencapaian sebaris dua bintang bola sepak dunia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia