Harian Metro

Sikap tamak pemain buat Klopp berang

-

Liverpool: Aksi ‘tamak’ pemain Liverpool ternyata tidak disenangi oleh pengurus pasukan, Juergen Klopp biarpun skuad kendaliann­ya meraih kemenangan 5-0 ke atas Swansea City di Anfield, semalam.

Phillipe Coutinho, Roberto Firmino, Trent Alexander-Arnold dan Alex Oxlade-Chamberlai­n masing-masing meledak gol dalam aksi berat sebelah itu dengan Firmino mencetak dua gol.

Kemenangan ini membolehka­n Liverpool terus bersaing hebat dalam perebutan tiket ke Liga Juara-Juara dengan menduduki tangga keempat liga, lima mata di belakang Manchester United di tempat kedua.

Bagaimanap­un, di sebalik kemenangan besar itu Klopp mengakui tidak gembira dengan aksi pemainnya apabila beraksi secara individu berbanding falsafah bola sepaknya yang menekankan permainan secara berpasukan.

“Ia langsung tidak menarik perhatian saya. Jika mereka beraksi secara berpasukan, saya percaya kami mampu menghasilk­an lebih banyak gol lagi hari ini (kelmarin).

“Saya tidak ada masalah dengan keputusan 5-0 ini, tetapi agak mengecewak­an apabila pemain bertindak sendirian untuk mencipta gerakan dan gol,” katanya.

Pada aksi itu, bekas pengurus Borussia Dortmund itu melakukan empat pertukaran berbanding kesebelasa­n utama ketika seri 3-3 menentang Arsenal.

Anak buah Klopp memulakan pesta jaringan menerusi rembatan menarik Coutinho dari luar kotak penalti seawal minit keenam.

Swansea yang sekarang ini bergelut di zon penyingkir­an terus ketinggala­n sebaik babak kedua bersambung dengan Firmino meledak gol menerusi sepakan voli cantik di minit ke-52 sebelum Alexander-Arnold menambah gol ketiga di minit ke-65.

Seminit kemudian, Firmino menolak masuk bola hantaran Mohamed Salah dalam kotak penalti dan Oxlade-Chamberlai­n melengkapk­an kemenangan bergaya skuad The Reds selepas memanfaatk­an kelekaan pertahanan Swansea sebelum merembat bola menerjah ke gawang minit ke-82.

“Anda boleh lihat betapa gembiranya penyokong kami di atas kemenangan besar ini. Saya hargai apa yang sudah dilakukan pemain dan saya yakin kami akan bertambah baik dalam aksi berikutnya,” katanya.

Klopp turut mendedahka­n bahawa khidmat ketua pasukan, Jordan Henderson dan pertahanan kiri, Alberto Moreno terpaksa diketepika­n bagi dua aksi menentang Leicester City dan Burnley selepas kedua-duanya disahkan mengalami kecederaan. -AFP

 ??  ?? KLOPP FIRMINO (kiri) cetak dua gol buat Liverpool.
KLOPP FIRMINO (kiri) cetak dua gol buat Liverpool.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia