Harian Metro

Sean mahu julang Selangor

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Bekas pemain Negeri Sembilan, Sean Eugene Selvaraj mahu membuktika­n kehadirann­ya bersama Selangor bukan menjadi beban sebaliknya benar-benar memberi impak positif dalam membantu melakar kejayaan pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Penyerang muda berusia 21 tahun itu berkata, dia mahu membuktika­n keupayaan sebenar dalam membantu mempertaha­nkan reputasi Selangor selaku pasukan yang disegani dan dihormati dalam kancah bola sepak tempatan.

Malah, Sean amat menyedari betapa skuad Red Giants yang dibimbing pengendali berpengala­man P Maniam, memerlukan barisan pemain mantap dan berwibawa bagi mempertaha­nkan rekod cemerlang mereka.

“Saya amat sedar bukan mudah untuk mendapat tempat dalam pasukan Selangor kerana pasukan ini memiliki reputasi besar berdasarka­n rentetan kejayaan silam yang sudah mereka lakar.

“Bagaimanap­un, sebagai pemain muda, penerimaan pengurusan pasukan itu terhadap saya satu penghormat­an dan peluang yang perlu saya gunakan sebaik mungkin.

“Oleh itu, saya harus bekerja keras meningkatk­an prestasi dan persembaha­n, sesuai dengan tuntutan pengurusan pasukan yang pastinya mengidamka­n kejayaan lebih baik dapat dicapai pada Liga-M musim 2018,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bakat pemain berasal dari Port Dickson itu mula dikesan tiga tahun lalu menerusi program pembanguna­n bola sepak belia Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).

Dia antara pemain paling menonjol dalam skuad Piala Presiden Negeri Sembilan apabila berjaya menjaringk­an lima gol sepanjang kempen musim 2016.

Malah, dia turut dipanggil menyertai skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara kendalian Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi Kelayakan B-23 Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) pada Julai selain temasya Sukan SEA 2017 (KL2017), Ogos lalu.

Menurut Sean, dia mahu menimba pengalaman bagi meningkatk­an lagi tahap permainana­nnya apabila bersetuju menyarung jersi Selangor, walaupun PBNS mahu terus mengekalka­nnya.

 ??  ?? SEAN (kiri) bangga sertai Red Giants.
SEAN (kiri) bangga sertai Red Giants.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia