Harian Metro

Suntikan motivasi Farizal

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

 Pencalonan tiga terbaik bakar semangat harungi saingan musim depan

Meskipun gagal memenangi anugerah penjaga gol terbaik minggu lalu, namun dicalonkan dalam senarai tiga terbaik tetap memberi kepuasan buat Farizal Haron.

Malah, penjaga gol FELDA United itu menganggap ia satu suntikan motivasi untuk terus melonjakka­n prestasi musim depan sekali gus membantu kelab itu kembali ke Liga Super.

“Saya agak terkejut apabila disenaraik­an sebagai calon akhir bersama Ifwat (Akmal Che Kassim) dan Hafizul (Hakim Khairul Nizam Jothy) kerana penjaga gol lain yang beraksi sepanjang musim ini juga hebat belaka.

“Saya tidak terkilan gagal memenangin­ya walaupun sebagai calon sudah pasti saya mengharapk­an trofi itu menjadi milik saya.

“Bagi saya, berada dalam kelompok tiga terbaik juga sudah satu kejayaan. Ia secara tidak langsung membakar semangat saya untuk mempamerka­n persembaha­n lebih baik musim depan,” katanya.

Farizal menganggap pemilihan Ifwat untuk memenangi anugerah itu memang tepat kerana penjaga gol muda Kedah itu memiliki sedikit kelebihan walaupun prestasi mereka dalam Liga Malaysia dianggap setara.

“Ifwat masih muda serta konsisten di samping membantu Kedah menjuarai Piala FA serta layak ke final Piala Malaysia sedangkan saya sekadar membantu FELDA menduduki tangga ketiga Liga Super.

“Pada masa sama, Ifwat turut membantu skuad bawah 23 tahun (B-23) negara layak ke Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) dan memenangi perak Sukan SEA,” kata Farizal.

Penjaga gol berusia 31 tahun itu mengakui dia kini sedang menikmati prestasi terbaik dalam kariernya namun tidak terlalu mengharap untuk dicalonkan lagi pada masa akan datang. Untuk rekod, Farizal yang pernah mewakili Negeri Sembilan dari 2007 hingga 2011 hanya mempunyai pingat kejuaraan Liga Perdana 2012 bersama Angkatan Tentera Malaysia untuk dipamerkan sepanjang satu dekad bergelar pemain profesiona­l.

 ??  ?? FARIZAL tekad bantu FELDA kembali ke saingan Liga Super.
FARIZAL tekad bantu FELDA kembali ke saingan Liga Super.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia