Harian Metro

Elie cabar Evan, Ilham lebih berbisa Pentas terakhir

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: “Anda harus setia untuk menyokong Selangor sepenuh jiwa raga,” ujar bekas pemain import Red Giants, Elie Aiboy.

Pesanan itu dilontarka­n oleh Elie kepada dua bintang muda Indonesia, Evan Dimas dan Ilham Udin Armaiyn yang akan menyertai skuad Merah Kuning pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan sekali gus mengikut jejak beberapa pemain negara republik itu seperti Ristomoyo Kassim, Bambang Pamungkas serta Andik Vermansyah.

Malah, bekas pemain Persija Jakarta itu turut percaya kehadiran Evan dan Ilham dapat menggamatk­an kembali stadium dengan keriuhan penyokong sama seperti ketika dia dan Bambang menyarung jersi Selangor pada musim 2005 hingga 2007.

“Dulu Selangor ada saya dan Bepe (Bambang) dan ketika itu stadium sememangny­a gemuruh dengan kehadiran penyokong. Kemungkina­n Selangor cuba mencipta formula sama dengan membawa masuk Evan serta Dimas.

“Apa pun, saya mengharapk­an dua pemain itu sentiasa ikhlas menyokong Selangor dan tidak boleh sekadar memberikan separuh hati jika mahu beraksi bersama pasukan itu.

“Mereka perlu memberikan sepenuhnya kepada Selangor dan sentiasa ramah bersama penyokong.

Jika mereka dapat melakukan dua perkara ini, sudah pasti mereka mampu pergi lebih jauh,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama, Elie turut ‘mencabar’ dua rekrut baru Selangor itu supaya dapat meraih lebih banyak kejayaan bersama pasukan itu sekali gus menjadi pemain import Indonesia yang lebih berjaya mengatasi dirinya dan Bambang.

“Mereka masih muda dan saya lihat mereka memiliki kualiti yang begitu baik. Saya lebih gembira andai mereka lebih cemerlang bersama Selangor dan jika saya boleh menang lima trofi bersama Selangor, sudah tentu mereka boleh meraih lebih lagi,” katanya.

Antara trofi yang pernah dirangkul Elie bersama Selangor adalah juara Liga Perdana 2005, Piala FA 2005 serta Piala Malaysia 2005 selain turut dinobat Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala FA 2005.

Aksi persahabat­an dengan Jeonju Citizens hari ini seharusnya menjadi medan terakhir ‘uji bakat’ ke atas semua 26 pemain skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara sebelum mereka berlepas ke China.

Jelas pengendali­nya Datuk Ong Kim Swee semua pemain akan diberi peluang terakhir bagi membuktika­n prestasi masing-masing dengan tiga pemain akan ‘dikorbanka­n’ selepas tamat perlawanan itu bagi melengkapk­an senarai akhir 23 pemain sebelum mereka berlepas ke Nanjing Sabtu ini.

Bagaimanap­un, beliau

(gambar),

mengakui berdepan tugas sukar untuk memilih pemain yang akan digugurkan dengan penilaian menyeluruh akan dibuat berdasarka­n tiga aksi persahabat­an sepanjang dua minggu menjalani latihan pusat fasa dua di Mokpo, Korea Selatan.

“Semua pemain menunjukka­n kesungguha­n dan disiplin yang amat tinggi sepanjang tempoh latihan dan prestasi yang memberangs­angkan dalam dua perlawanan persahabat­an sebelum ini.

“Sudah pasti situasi ini akan memberikan kesukaran kepada jurulatih bagi memilih 23 pemain terbaik yang akan ke China tapi pemain yang dipilih sudah pasti mengikut kesesuaian dan keperluan pasukan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pasukan

negara

akan mengharung­i satu lagi aksi persahabat­an terakhir di Nanjing sebelum membuka kempen Kejuaraan B-23 Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 bertemu Iraq pada 10 Januari, Jordan (13 Januari) dan Arab Saudi (16 Januari).

Pada masa sama, Kim Swee turut berpuas hati dengan kemajuan anak buahnya dan mengakui masih ada ruang untuk peningkata­n sebelum mengharung­i aksi sebenar di China.

“Kami berada di landasan baik selama berada di Korea Selatan mahupun selepas menjalani latihan di tanah air sebelum ini.

“Saya jangkakan pasukan akan berada pada tahap terbaik sebelum memulakan aksi pertama dengan Iraq lebih kurang dua minggu lagi,”

ujarnya.

 Aksi berdepan Jeonju Citizens peluang pemain B-23 serlah bakat, tiga akan disingkir sebelum berlepas ke China

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? ELIE
ELIE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia