Harian Metro

Enam digantung dua minggu, empat dibeku sementara

-

Kuala Lumpur: Enam pengadil digantung dua minggu dan empat lagi ‘dibekukan’ sementara oleh Jabatan Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas mereka didapati tidak melakukan keputusan tepat ketika mengadili perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim lalu.

Tindakan itu diambil selepas jawatankua­sa pengadil meneliti 18 aduan yang dibuat oleh pasukan sepanjang saingan Liga M.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh berkata, kedudukan empat pengadil yang dibekukan itu hanya akan ditentukan oleh mesyuarat penilaian prestasi pengadil.

“Tindakan itu dikenakan selepas kami meneliti setiap aduan yang diterima. Kami akan lihat semula kedudukan empat pengadil yang dibekukan itu dan akan menentukan nasib mereka.

“Sama ada kami akan benarkan mereka bertugas di pertanding­an tertinggi, digantung untuk tempoh tertentu atau diturunkan ke liga lebih bawah, semuanya bergantung kepada penelitian

(gambar)

semula yang kami akan lakukan nanti.

“Apa pun, kami akan lihat dan kaji semula kesalahan yang pernah berlaku sebelum ini. Langkah ini perlu bagi memastikan liga berlangsun­g dengan baik sekali gus tidak menjejaska­n imej pertanding­an,” katanya.

Daripada 18 aduan yang diterima sepanjang musim lalu, Jabatan Pengadil FAM turut mengeluark­an dua amaran kepada pengadil, seorang daripada mereka diturunkan ke pertanding­an bawahan manakala baki lima aduan didapati tidak tepat.

Dalam perkembang­an lain, seramai 191 pengadil dijangka akan mengadili pertanding­an Liga M musim depan dan jumlah itu akan bertambah selepas ujian kecergasan kedua yang dijadualka­n Februari ini.

Ketua Jabatan Pengadil FAM, Kassim Kadir Bacha berkata, pengadil Malaysia adalah antara yang terbaik di Asia Tenggara dan turut mendapat permintaan dari negara luar.

“Pengadil Malaysia antara terbaik di ASEAN. Ramai pengadil kami mendapat permintaan untuk mengadili pertanding­an di negara luar seperti Kemboja, Vietnam dan Filipina,” katanya menerusi laman sosial Facebook Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia