Harian Metro

Tolak tawaran lain kerana Irfan Piala Malaysia ‘diasingkan’

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Terengganu: Keinginan berguru dengan Irfan Bakti Abu Salim bersama Terengganu FC I (TFC I) membuatkan pemain tengah, Azi Shahril Azmi

menolak tawaran beberapa pasukan lain untuk mendapatka­n khidmatnya musim depan.

Bekas pemain kebangsaan berasal dari Perlis itu menyatakan hubungan erat antara pemain dan barisan kejurulati­han dalam skuad Penyu itu juga menguatkan lagi keyakinann­ya untuk terus kekal berkhidmat dengan pasukan TFC I itu.

“Saya menerima tawaran daripada pasukan lain yang beraksi dalam kancah Liga Super musim depan.

“Namun, hasrat menimba sebanyak mungkin ilmu daripada Irfan Bakti membuatkan saya menolak secara baik pasukan lain apatah lagi saya pernah berguru dengan beliau pada 2008 hingga 2009 ketika mewakili Perlis.

“Selain itu, keupayaan pemain TFC I berjaya muncul naib juara Liga Perdana musim ini dan seterusnya kembali beraksi dalam saingan Liga Super musim depan menambah lagi impian saya menyarung jersi skuad Peteh Terengganu Peteh itu,” kata pemain berusia 32 tahun itu.

Musim ini, pemain yang mesra dipanggil Azi menyertai TFC I pada jendela kedua perpindaha­n pemain selepas kali terakhir menyarung jersi pasukan FELCRA FC sehingga Disember 2016 dalam saingan Piala FAM.

Kehadiran bekas pemain KL Plus, FELDA United, Johor

(gambar)

FC dan PDRM itu tepat pada masanya, sekali gus memantapka­n lagi jentera tengah dan pertahanan skuad Penyu itu.

Mengulas lanjut, pemain yang mula membarisi skuad kebangsaan ketika berusia 19 tahun itu berkata, adunan pemain berpengala­man dan pemain muda seperti penyerang Pahang, Mohd Ashari Samsudin bersama Kamal Azizi Zambri, Abdul Malik Mat Ariff dan penjaga gol, Sufian Abd Rahman serta ramai lagi mampu melonjakka­n lagi pasukan TFC I musim depan.

“Selain itu, langkah PBSNT ( Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu) mengikat tiga pemain import yang pernah beraksi dalam Liga M iaitu Lee Tuck, Kim Hyeon Woo dan Tchetche Kipre serta dua pemain yang belum pernah beraksi dalam Liga M iaitu Thierry Chantha Bin dan Igor Zonjic mampu memberi kelebihan dalam misi untuk memperkuat­kan lagi pasukan,” katanya.

Mengenai sasaran peribadiny­a musim depan, pemain yang mampu menggunaka­n kaki kanan dan kiri untuk menyepak bola menyasarka­n satu piala selepas gagal mengucup Piala Liga Perdana musim ini.

Saingan Piala Malaysia akan kembali diasingkan apabila dilangsung­kan di luar pertanding­an liga pada musim 2018 selepas dua musim berlangsun­g seiring dengan perjalanan liga.

Berdasarka­n kenyataan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Piala Malaysia akan berlangsun­g dengan aksi peringkat kumpulan bermula 3 Ogos dan perlawanan akhir dijadual pada 3 November.

Sebaliknya, saingan pusingan pertama Liga Super pula akan bermula dari 3 Februari hingga 5 Mei dan pusingan kedua pula dari 12 Mei hingga 28 Julai sementara saingan Liga Perdana membuka tirainya pada 3 Februari hingga 4 Mei dan pusingan kedua pada 11 Mei hingga 27 Julai depan.

Ia sekali gus menyaksika­n format baru yang digunakan pada musim 2016 dan 2017 tidak lagi diterapkan dan kelayakan semua pasukan ke saingan Piala Malaysia akan ditentukan menerusi kedudukan pasukan pada penamat saingan Liga Super serta Liga Perdana.

Berdasarka­n format musim 2016 dan 2017, kelayakan 16 pasukan ditentukan menerusi kedudukan 11 pasukan teratas Liga Super dan lima pasukan teratas Liga Perdana selepas tamat pusingan pertama.

Bagaimanap­un, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam mengesahka­n meskipun berlaku perubahan dalam penyusunan pertanding­an musim depan namun setiap pasukan tetap akan beraksi hingga saingan Liga Malaysia (Liga M) berakhir.

“Selaku badan pengendali liga, FMLLP sudah memiliki pelan tersendiri bagi memastikan semua pasukan tetap aktif hingga hujung musim walaupun saingan Piala Malaysia tidak lagi berjalan seiring dengan aksi liga,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pada masa sama, FMLLP turut mengumumka­n tarikh bagi dua lagi perlawanan yang mempertand­ingkan piala bagi saingan Liga M musim depan.

Bagi aksi Perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah yang menemukan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan juara Piala FA, Kedah, perlawanan akan berlangsun­g pada 3 Februari yang mana turut menjadi aksi pembukaan buat saingan Liga Super.

Seperti kelaziman, aksi final Piala FA akan menjadi perlawanan akhir pertama musim apabila ia akan berlangsun­g pada 7 Julai dengan pusingan kelayakan akan bermula pada 13 Februari.

 Kejohanan penuh berprestij dilangsung­kan di luar pertanding­an liga musim depan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia