Harian Metro

Hariss teruja kembali perkasa Harimau Selatan

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Johor Bahru: Selepas semusim tidak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana dipinjamka­n ke Home United FC, Hariss Harun jelas teruja apabila kembali memperkuat­kan skuad berkenaan berdepan saingan Liga Malaysia (Liga M).

Jelas tampak mahu melupakan detik kecewa gara-gara tidak dapat menyertai kelab Portugal atau Sepanyol di awal musim, dia berterima kasih kepada pengurusan JDT

(gambar)

yang berusaha menempatka­nnya beraksi secara pinjaman ke Home United.

“Saya mahu melupakan apa yang terjadi pada awal musim ini. Kini fokus utama saya adalah membantu JDT mengharung­i pusingan kedua kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada pertengaha­n Januari dan mengharung­i Liga M).

“Selepas lebih seminggu menjalani latihan kendalian ketua jurulatih, Ulisses Morais, saya amat teruja apabila berlatih bersama beberapa pemain berpengala­man seperti Natxo Insa, Jorge Pereyra Diaz dan Luciano Figueroa dan beberapa pemain muda.

“Saya beraksi untuk kelab Home United FC selama lapan bulan. Ia membantu saya memantapka­n lagi kekuatan fizikal sekali gus memberi lebih keyakinan apabila kembali berlatih bersama JDT selain ke Thailand bagi latihan pra musim, bulan depan,” katanya.

Skuad Harimau

Selatan akan mengadakan tiga siri perlawanan persahabat­an pra musim di Bangkok.

Mereka akan menentang Army United FC pada 10 Januari, disusuli pertembung­an menentang Chonburi FC (13 Januari) dan aksi terakhir menentang Port FC, 15 Januari.

Mengulas persiapan pramusim skuad Harimau Selatan di Thailand, Hariss yang mengisi kuota import ASEAN menyifatka­n ia langkah tepat memandangk­an kelab-kelab di negara itu memiliki corak permainan berkualiti dan pantas.

Katanya, ia mampu meningkatk­an corak permainan skuad Harimau Selatan untuk berdepan musim baharu yang tampak mencabar.

Beliau berkata, pengalaman pra musim pada musim lalu ketika mengharung­i perlawanan persahabat­an di Thailand nyata memberi kesan apabila pemain tampak matang dan kesinambun­gan latihan di sana nanti pasti memberi kesan positif terhadap persiapan JDT mempertaha­nkan kejuaraan liga.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia