Harian Metro

KHAI SANJUNG JASA PEMINAT

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Pencapaian diraih penyanyi Khai Bahar sepanjang 2017 ini bukti kerja keras dan sokongan peminat terhadap dirinya.

Malah, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 23, mengakui dia terlalu disayangi peminat sehingga mampu berada pada kedudukan sekarang.

“Kalau mereka tak sayang, tak mungkin saya berada pada tahap sekarang. Apa yang saya dapat dan lalui ini adalah rezeki dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada mereka. Sepanjang tahun ini, banyak kenangan dicipta bersama mereka.

“Sejujurnya, saya tidak tahu macam mana mahu membalas jasa baik mereka. Cuma, apa saya boleh janjikan adalah sentiasa memberikan yang terbaik dalam kerjaya. Disebabkan itu, dalam apa juga majlis dihadiri kalau boleh saya nak peminat (Khai Bahar Empire) ada bersama,” katanya. Bersandark­an paras rupa kacak persis bekas anggota One Direction, Zayn Malik, pasti ramai menganggap Harris Baba, 26, mudah mencipta nama dalam dunia hiburan. Hakikatnya, penyanyi dan pelakon berdarah kacukan Pakistan-Iran-Cina dari Singapura ini perlu bekerja keras untuk bertapak sebagai artis.

Menurut Harris, dia memulakan kerjaya nyanyian di Singapura lebih setahun lalu tetapi sayangnya kurang menjadi. Oleh itu, dia nekad mencuba nasib di Malaysia dan syukur selepas setahun peminat menerima kehadirann­ya dengan baik.

Bagi pemilik nama sebenar Khawaja Mohammad Harris ini, dia juga bersyukur kerana dapat bernaung di bawah pengurusan Faithful Music, milik penyanyi dan komposer terkenal, Faizal Tahir.

“Bukan mudah untuk menempa nama di Malaysia kerana persaingan sengit dengan penyanyi tempatan. Selain bernaung di bawah pengurusan yang bagus, seseorang penyanyi juga perlu tampil dengan produk atau lagu berkualiti,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia