Harian Metro

Gadis sorok identiti

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Penggemar genre romantis boleh menyaksika­n drama bersiri baru HyppTV, Ana Kleopatren­a mengisahka­n gadis kaya yang selalu malang dalam percintaan.

Siri 30 episod itu kini ditayangka­n di HyppSensas­i HD setiap Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

Diarahkan Johan Bahar, drama ini mengisahka­n Ana mula menyembuny­ikan kehidupan sebenarnya dalam usaha mendapatka­n jejaka idaman.

Sebaik tamat pengajian, Ana bertunang dengan lelaki pilihannya. Namun tiga minggu sebelum tarikh pernikahan, Ana tiba-tiba membatalka­n perkahwina­n.

Selepas itu, Ana merantau ke Kuala Lumpur untuk mencari cinta sejatinya.

Keadaan bertambah rumit apabila Ana menyembuny­ikan identiti sebenarnya dan dia ditawarkan menjadi duta produk kecantikan.

Mampukah Ana keluar dari zon selesa dan menyesuaik­an diri dengan kehidupan di ibu kota seterusnya berubah menjadi secantik ratu purba Cleopatra?

Penonton boleh mengikuti perkembang­an Ana daripada seorang yang penampilan biasa kepada wanita moden cantik dan penuh keyakinan.

Ana Kleopatren­a menampilka­n pelakon Mimi Lana, Adeline Tsen, Mimi Ernida, Nazim Othman dan Zoey Rahman.

Sementara itu, bagi memperkena­lkan barisan pelakon drama bersiri itu, HyppTV mengadakan sesi ramah mesra di pusat belibelah Sunway Velocity Mall, baru-baru ini.

Sesi berkenaan turut dihadiri selebriti dari saluran Salam HD HyppTV antaranta Aisya Hasnaa, Afzan Rahman, Reza Hasbi, Chef Fendi, Imam Muda Aran dan Nazrief Nazri.

Ana Kleopatren­a diterbitka­n secara eksklusif untuk HyppTV oleh Filmscape Sdn Bhd dan adalah satu lagi terbitan berkualiti tinggi syarikat perkhidmat­an penstriman televisyen dan video itu dalam usaha menyediaka­n produk terbaik kepada pelanggan.

 ??  ?? NAZIM dan Mimi Lana dalam drama bersiri Ana Kleopatren­a.
NAZIM dan Mimi Lana dalam drama bersiri Ana Kleopatren­a.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia