Harian Metro

Yeri purapura sedih?

-

Annyeongha­seyo!!! Kesedihan yang melanda industri hiburan Korea Selatan selepas berita pemergian anggota SHINee, Jonghyun nampaknya masih belum reda. Ramai terus berkabung dan belum dapat menerima pemergiann­ya.

Barangkali itu juga yang bermain di fikiran anggota Red Velvet iaitu Yeri. Sebagai rakan artis yang bernaung di bawah agensi sama SM Entertainm­ent, semestinya dia antara paling terkesan.

Bagaimanap­un, tindakanny­a terbawa-bawa perasaan itu sehingga ke depan peminat ternyata tidak disenangi ramai. Kepayahann­ya memberikan sedikit senyuman sebaliknya mencetuska­n reaksi negatif.

Penyanyi itu menghadiri acara 2017 SBS Gayo Daejun bersama anggota Red Velvet lain baru-baru ini. Kumpulan itu turut menjadi tumpuan di karpet merah sebelum acara bermula dan ramai mahu mengambil gambar mereka.

Sementara anggota lain tampil memberikan senyuman sewaktu lensa kamera tertumpu kepada mereka, Yeri pula langsung tidak senyum. Dia kelihatan begitu sedih dan tidak bermaya.

Sekali gus ramai peminat mengecamny­a disebabkan ekspresi wajahnya itu. Mulanya ramai beranggapa­n dia masih terlalu sedih dengan pemergian Jonghyun. Namun ada peminat menyifatka­n ekspresiny­a itu kelihatan begitu palsu. Mereka bahkan menganggap Yeri sengaja memberikan wajah sedih itu demi meminta perhatian.

Ia adalah persembaha­n pertama mereka selepas kematian Jonghyun. Mereka semua kelihatan memakai lencana bertulis R.I.P JH sebagai tanda penghormat­an kepada mendiang.

Yeri yang dikatakan sangat akrab dengan Jonghyun kelihatan paling sedih sewaktu menghadiri upacara pengebumia­nnya barubaru ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia