Harian Metro

Rakan baik tempat mengadu

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Drama The Best Moment to Quit Your Job ketengah realiti dihadapi generasi masa kini di alam pekerjaan

Bukan semua orang menyukai kerjaya mereka, namun terpaksa diteruskan juga demi periuk nasi.

Malah ada yang terpaksa berdepan bebanan tugasan dan tekanan di tempat kerja setiap hari.

Begitulah situasi dilalui sekumpulan wanita dalam drama bersiri Korea Selatan, The Best Moment to Quit

Your Job yang diadaptasi daripada komik terkenal negara itu. Drama bersiri arahan Jun Jung Hwa itu mengetenga­hkan realiti dihadapi kebanyakan generasi muda masa kini di alam pekerjaan mereka. Dalam siri lapan episod itu mengisahka­n pereka di sebuah kilang tisu basah, Yeon Ji lakonan Ko Won Hee sering berkongsi masalah di tempat kerja dengan rakannya.

Bercerita mengenai wataknya, Won Hee berkata, Yeon Ji mempunyai masalah rendah diri berikutan satu kejadian yang menimpanya ketika di sekolah.

“Akibat kejadian itu, dia menjadi trauma dan hilang keyakinan diri. Yeon Ji selalu membayangk­an keadaannya pasti berbeza sekiranya syarikat menawarkan jawatan tetap,” katanya.

Seperti watak lakonannya, pelakon jelita itu suka berkongsi masalah dengan rakan baik.

“Apabila berdepan kesukaran, saya lega jika dapat meluahkan perasaan kepada seseorang. Cara itu dapat meringanka­n beban masalah yang dihadapi,” katanya.

Biarpun tiada pengalaman asas dalam rekaan, Won Hee menyedari tugasan dalam bidang itu bukan mudah berdasarka­n pengalaman beberapa kenalannya.

“Setiap pekerjaan ada cabarannya, tetapi bidang rekaan ada banyak jenis bahagian yang memerlukan fokus terperinci dan meluangkan masa banyak untuk menyiapkan setiap tugasan,” katanya.

Menurut Won Hee, membaca komik The Best Moment to Quit Your Job sebagai persiapan sebelum penggambar­an banyak membantu dia memahami karakter Yeon Ji.

“Sebenarnya, berlakon dalam drama itu tidak begitu sukar. Cuma, kalau ada bahagian kurang jelas, saya akan berbincang dengan pengarah supaya dapat menjiwai watak Yeon Ji.

“Bagi saya, babak paling dinantikan adalah babak berhenti kerja. Kisah dan emosi yang dipaparkan setiap karakter pasti menyentuh hati penonton,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai The Best Moment to Quit Your Job, Won Hee berpendapa­t drama itu realistik dan membabitka­n situasi yang pasti difahami penonton.

“Itu antara sebab saya bersetuju berlakon dalam drama itu. Saya sendiri tersentuh hati ketika membaca komik itu biarpun jalan ceritanya mengisahka­n sekumpulan pemuda baru melangkah masuk ke alam pekerjaan.

“Pasti penonton dapat ‘meletakkan’ diri mereka sendiri apabila menonton drama itu. Drama itu bukan kisah cinta dan komedi biasa tetapi ia menunjukka­n bagaimana seseorang berasa lega jika ada yang prihatin dengan masalahnya,” katanya.

Turut membintang­i The Best Moment to Quit Your Job, Lee Chung Ah, Jung

Yeon Joo, Ko Kyung Pyo dan penyanyi Kim Jei.

Watak lain dalam siri ini adalah penyelia Yeon Ji, Sun Hee yang cepat marah dan sebenarnya sentiasa berasa sunyi. Rakan sebilik Yeon Ji, Nam Hee pula pelukis komik yang selalu bersikap optimis dan ceria. Manakala Hye Young pembuat kek dan roti yang mengimpika­n untuk memiliki bakeri sendiri suatu hari.

Saksikan The Best Moment to Quit Your Job setiap Ahad, jam 8 malam di saluran Lifetime Asia (Astro 709).

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak dalam Drama The Best Moment to Quit Your Job.
ANTARA babak dalam Drama The Best Moment to Quit Your Job.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia