Harian Metro

Kepintaran siri Huawei Mate 10

-

dalam masa sebenar mahupun secara ‘offline’ 13 jenis senario dan objek.

Paling mengagumka­n, AI pada Huawei ini bukan saja pada 13 jenis senario dan objek tadi malah ia turut mempunyai ciri ‘AI Motion Detection’, ‘AI Zoom’ dan ‘AI Selfie’.

Kamera kemudian menyesuaik­an warna, kontras, kecerahan, pendedahan, dan pasca pemprosesa­n untuk menghasilk­an foto yang menakjubka­n, terperinci dan menarik pada dunia fotografi.

Perlu diingatkan pelarasan ini bukan ‘filter’ tapi itulah fungsi AI yang menjadikan fungsi merakam foto secara automatik pun merubah pelarasan gambar sesuai dan algoritma pemprosesa­n direka Huawei selepas menganalis­is lebih 100 juta imej.

Pada asasnya, AI melakukan kerja jurugambar dan memandangk­an kebanyakan antara kita bukan jurugambar profesiona­l, sudah pasti masuk akal untuk membiarkan fon Huawei ini mengambil alih dan mengoptimu­mkan foto itu.

Salah satu aspek yang hebat siri Huawei Mate 10 ialah masih menawarkan anda keupayaan untuk menggunaka­n mod manual atau pilihan mod lain bagi fotografi yang lebih maju.

Ia jelas menunjukka­n AI tidak menghadkan anda dengan apa cara sekalipun tetapi hanya hadir untuk membantu anda merakam foto terbaik dengan telefon.

Sebanyak 13 jenis senario dan subjek dikenal pasti termasuk langit biru, bunga, tumbuhan, pantai, matahari terbit atau matahari terbenam, persembaha­n, makanan, teks, malam, salji, kucing, anjing, dan potret.

Apabila salah satu subjek ini dikenal pasti, ikon kecil akan muncul di sebelah kiri bawah tepat di bawah shutter untuk memaklumka­n anda AI sedang mengambil alih dan menggunaka­n tetapan ini.

Kamera akan mengenal pasti makanan, bunga, tumbuhan, kucing, anjing, teks dan manusia dengan tepat serta AI memulakan langkah kesesuaian pencahayaa­n, pergerakan,

 ??  ?? AI terus kesan subjek.
AI terus kesan subjek.
 ??  ?? SUPERCHARG­E pantas mengecas.
SUPERCHARG­E pantas mengecas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia