Harian Metro

InstaView, TwinWash inovasi LG

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Antara inovasi yang mencuri tumpuan tahun ini termasuk peralatan kediaman ‘pintar’ yang dilihat menjadi pilihan utama syarikat gergasi elektronik dunia untuk diketengah­kan di pasaran konsumer.

Rata-rata, barisan produk yang dikeluarka­n di pasaran memfokuska­n kepada pemilihan Internet untuk segalanya (IoT).

Pengurus Besar Pemasaran LG Electronic­s (M) Sdn Bhd Kong Mung Keen berkata, rangkaian perkakasan rumah LG seperti peti sejuk Smart InstaView dan mesin basuh TWINWash berupaya memberi keselesaan kepada isi rumah.

“Meskipun berdepan persaingan, LG yakin dengan kemampuan reka ciptanya terutama dalam segmen produk kelengkapa­n rumah berikutan LG berada pada kedudukan tertinggi di pasaran Malaysia,” katanya.

Melalui teknologi pembelajar­an mendalam yang LG gunakan, ia akan membolehka­n setiap peralatan rumah baru LG untuk tampil lebih memahami kehendak pengguna dengan mengumpul dan mengkaji corak gaya hidup pelanggan dari semasa ke semasa.

LG mempunyai barisan produk seperti peti sejuk Smart InstaView dengan skrin sentuh LCD bersaiz 29 inci yang menawarkan pelbagai ciri mudah.

Paling menakjubka­n, ia membolehka­n pengguna menulis senarai runcit, tarikh luput cek dan juga melihat kandungan yang disimpan di dalam peti sejuk tanpa membuka pintu melalui ciri ‘Knock- On’.

Beroperasi di atas platform Microsoft Windows 10, peti sejuk itu juga boleh memuat turun dan menjalanka­n pelbagai aplikasi dari Windows 10 termasuk Allrecipes, Pandora, dan Netflix.

Kini pengguna boleh mengikuti resipi, mendengar muzik dan menikmati filem semua pada pintu peti sejuk mereka.

Peti sejuk Smart InstaView Door-in

Door T menggunaka­n

2.0 megapiksel kamera panorama dan lensa yang mampu menangkap bahagian dalam peti sejuk dan imej ini kemudian boleh dihantar terus ke telefon pintar pengguna bila-bila masa yang mereka mahu untuk memeriksa inventori mereka, terutama semasa membeli-belah barangan runcit.

Manakala teknologi TWINWash menjadikan mesin basuh terbabit bukan saja menghasilk­an cucian lebih bersih tetapi berkesan menghapusk­an partikel serta alergen untuk memastikan pakaian segar dan tidak berkedut.

 ??  ?? KONG bersama produk LG.
KONG bersama produk LG.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia