Harian Metro

Rumusan 2017

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Tahun 2017 menjadi lonjakan perubahan teknologi negara, namun perubahann­ya masih sedikit perlahan.

Paling mencuri tumpuan, inisiatif yang diwujudkan menerusi kerjasama Malaysia dan Alibaba Group yang akan menyediaka­n zon fizikal dan alam maya untuk memberi kemudahan kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) serta memperoleh manfaat daripada pertumbuha­n ekonomi Internet atau e-dagang.

Zon Perdaganga­n Bebas Digital Malaysia (DFTZ) dilaksanak­an secara berperingk­at merangkumi e-hub di KLIA Aeropolis sebagai kemudahan logistik dan kargo udara sebelum pelaksanaa­n menyeluruh menjelang akhir tahun ini yang akan turut disertai Alibaba, Cainiao, Lazada dan POS Malaysia.

Kewujudan DFTZ dijangka melonjakka­n pertumbuha­n aktiviti e-dagang dengan lebih meluas yang disasarkan memberi sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM211 bilion menjelang 2020.

Pada 20 Oktober lalu pula, SKMM dalam satu kenyataan melaporkan, suruhanjay­a itu bersama PDRM sedang menyiasat laporan pengiklana­n untuk menjual data pengguna yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahka­n, polis sedang menyiasat kebocoran data peribadi 46.2 juta pelanggan pengguna telefon mudah alih berkenaan.

Menangkis terlalu banyak berita palsu yang disebarkan di media sosial, portal ‘sebenarnya. my’ kelolaan SKMM dilancarka­n 14 Mac 2017 oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh

Said Keruak sebagai pusat sehenti bagi orang ramai menyemak dan menyalurka­n maklumat yang diterima dalam talian. Ia satu daripada beberapa usaha SKMM menangani masalah penularan berita palsu.

Peranan sebenarnya. my lebih kepada repositori dan arkib bagi berita berunsur palsu melibatkan kepentinga­n awam dan negara.

Nilai tambah yang diberi portal sebenarnya.my adalah pemudah cara bagi orang awam yang mahukan pengesahan maklumat di laman web yang boleh dipercayai kredibilit­inya.

Beberapa istilah membabitka­n teknologi juga mula digunakan secara meluas tahun ini selepas diperkenal­kan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Antara stilah itu ialah tular bagi menggantik­an istilah viral, suri teladan (role model), jerayawara (road show), tanda pagar (hashtag), sohor kini (trending), iklan acah (teaser), pesan hantar

(drop ship) dan hantaran (posting).

 ??  ?? PERDANA Menteri Datuk
Seri Najib Razak ketika melancarka­n DFTZ di Sepang.
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika melancarka­n DFTZ di Sepang.
 ??  ??
 ??  ?? PORTAL sebenarnya.my tangkis berita palsu.
PORTAL sebenarnya.my tangkis berita palsu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia