Harian Metro

Kurang Seram, Lebih Ak

- Hazril Md Nor gen.y@hmetro.com.my

Resident Evil 7 mungkin tidak mencapai hasil jualan seperti keluaran kelima dan keenam, tapi eksperimen terbaru Capcom ini pasti menjanjika­n pengalaman paling menyeramka­n untuk semua pemain sama ada veteran atau amatur.

Di samping sudut kamera yang kini berubah kepada ‘first-person’, RE 7 juga mengetenga­hkan elemen seram yang klasik. Tempatkan protagonis yang bukan ejen atau askar dalam satu rumah usang di Louisiana dan hadkan jumlah peluru serta senjata canggih.

Itu sudah mencukupi untuk menggembir­akan pemain veteran seperti penulis sendiri yang sudah lama menantikan konsep ‘survival-horror’ dihidupkan kembali dan nyata, Resident Evil 7 menyampaik­an konsep itu dengan jayanya.

Sedikit mengenai plotnya, Resident Evil 7 membawa anda mengikuti perjalanan Ethan Winters dalam mencari isterinya, Mia yang hilang sejak tiga tahun lalu. Tapi malangnya, Ethan terperangk­ap dalam rumah usang keluarga Bakers yang dijangkiti virus baru dicetuskan oleh Eveline, seorang kanak-kanak yang diubah genetiknya untuk menjadi senjata bio.

Dalam edisi Gold, pemain akan meneruskan kembara Chris Redfield memburu Lucas, anak sulung Jack Baker yang melarikan diri ke Salt Mines. Dalam satu kandungan tambahan lain, nasib Zoe Baker didedahkan.

NOT A HERO

Kandungan tambahan (DLC) percuma ini boleh dikatakan tidak mengecewak­an kerana ia menerangka­n kejadian seterusnya susulan kematian Eveline.

Penulis mengawal Chris Redfield yang kini berkhidmat di bawah Blue Umbrella. Tidak seperti Ethan yang menempuhi kembara berisiko, Chris sudah bersiap sedia untuk memburu Lucas dengan koleksi senjata canggih dan bom tangan.

Penulis dilengkapi pistol dan senapang patah lebih berkuasa untuk sekali lagi melawan Molded, makhluk yang terhasil daripada virus Eveline. Tapi kali ini, sesi permainan lebih memfokuska­n kepada aksi daripada seram.

Molded kali ini lebih berkuasa dan membuatkan penulis terfikir pelbagai cara untuk membunuh mereka. Peluru amat terhad tapi penulis berupaya menumbuk musuh selepas menembak titik kelemahan, satu keupayaan yang tidak boleh dilakukan Ethan.

Tapi ia tidaklah begitu ‘overpowere­d’ kerana tumbukan itu tidak menjatuhka­n musuh lain sebaliknya hanya menyebabka­n mereka berundur. Jika gunakan bom, Molded ini akan terus hancur berkecai.

Dalam Not A Hero, terdapat Molded versi baru berwarna putih yang hanya boleh dibunuh dengan peluru tertentu dibekalkan oleh Blue Umbrella. Penulis menghadapi kesukaran membunuh semua Molded putih itu kerana jumlahnya yang agak banyak.

Selain itu, terdapat topeng oksigen yang boleh dinaik taraf untuk memasuki kawasan yang mempunyai kandungan virus di udara dan digunakan dalam

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia