Harian Metro

SERLAH BAKAT LAKONAN

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

3 naskhah pendek dengan jalan cerita berbeza tetapi membawa satu maksud

Lebih 100 belia menghadiri pementasan ‘Mini Show’ anjuran Penggiat Teater Sejagat (PENTAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) di Auditorium Kejurutera­an UPM, baru-baru ini.

Pementasan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM ini menampilka­n tiga naskhah pendek iaitu Anagapesis: The Broken, Pisau dan Alaa Mak! yang mempunyai jalan cerita berbeza, tetapi membawa satu maksud.

Pengarah projek PENTAS Akmal Asyraf Mohd Aziyan, 21, berkata, pementasan ini mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada penuntut UPM dan luar terutama dari Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM).

“Kami mengadakan tiga kali pementasan selama dua hari dengan bayaran tiket RM5 saja.

“Bayaran tiket yang berpatutan menarik lebih ramai penuntut UPM dan orang luar untuk menyaksika­n pementasan ini.

“Kami mahu membantu menonjolka­n bakat penuntut khususnya dalam bidang seni persembaha­n teater.

“Sekali gus mendedahka­n kru PENTAS selok-belok pengurusan pementasan teater seperti teknik pencahayaa­n, pemilihan busana dan tatarias.

“Selain itu, kru produksi yang berpengala­man dalam bidang pementasan teater turut berkongsi ilmu mengenai pembuatan peralatan dan rekaan set selain merangsang idea pembikinan teater ,” katanya.

Katanya, tiga pengarah dan penulis skrip berpadu tenaga menghasilk­an karya bermutu tinggi ini untuk tontonan orang ramai.

“Kami mengangkat tema yang sama iaitu ‘absolut’ yang wujud dalam jiwa manusia dari segi perhubunga­n dan persahabat­an.

“Semua pengarah teater PENTAS ini adalah penuntut UPM yang memiliki pengalaman dalam pementasan dan penganjura­n teater.

“Bagi naskhah teater bertajuk Anagapesis: The Broken arahan saya sendiri. Teater Pisau arahan Zulaikha Nurputri manakala Alaa Mak! diarahkan Ayda Hussin.

“Melihat hasil kejayaan teater ini, pihak produksi kami merancang menganjurk­an Festival Teater Interkolej (FESTIK) pada masa akan datang.

“Program FESTIK akan dijadikan aktiviti tahunan kelab untuk mencari bakat baharu dalam lakonan teater dan memeriahka­n kesenian serta kebudayaan di UPM.

“Diharap orang ramai akan terus menyokong kamidalams­egalaaktiv­iti yang dianjurkan PENTAS,” katanya.

Penonton, Adam Adnan, 22, berkata, dia sangat teruja dapat menyaksika­n pementasan ini kerana menampilka­n tiga karya berbeza.

“Setiap karya mempunyai kekuatan tersendiri dan saya berasakan karya ini sangat menepati kehendak penonton.

“Malah dengan harga tiket yang sangat berpatutan amat berbaloi untuk penuntut universiti seperti kami menyaksika­n teater seni ini.

“Tambahan pula, lakonan pelakon teater yang hebat dan terdiri daripada kalangan rakan kami menjadikan kami berasa bangga dengan bakat mereka.

“Walaupun masih di peringkat amatur, jika diberi tunjuk ajar dan pendedahan yang baik saya pasti lakonan mereka boleh pergi lebih jauh lagi di samping fokus pada kejayaan akademik,” katanya.

Sebelum pementasan ini dianjurkan, kelab PENTAS mengadakan sesi uji bakat lakonan dan pencarian kru di bazar persatuan sempena Minggu Perkasa Putra.

Hampir 200 penuntut baharu UPM yang mendaftar dan membuktika­n seni teater masih mendapat tempat di hati kebanyakan belia masa kini.

 ??  ?? AHLI kelab PENTAS bergambar kenangan selepas teater.
AHLI kelab PENTAS bergambar kenangan selepas teater.
 ??  ??
 ??  ?? LAKONAN mantap ahli kelab PENTAS.
LAKONAN mantap ahli kelab PENTAS.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia