Harian Metro

Bantu lebih 300 peserta

-

Daripada pencinta makanan, mereka kini jadi keluarga obses kepada aktiviti kecergasan

Menceritak­an rutin hariannya bersama keluarga, mereka juga tidak terlepas daripada menikmati makanan segera, tinggi kalori dan berlemak, kek dan kuihmuih manis pula menjadi santapan wajib sekeluarga.

Hujung minggu pula diperuntuk­kan untuk menonton wayang dan menelusuri dari satu restoran ke satu restoran untuk mencuba hidangan baru. Memang itu menjadi hobinya - meninjau restoran untuk mencuba makanan enak.

Keghairaha­n itu seolaholah dirangsang kerana suami dan anak juga berkongsi minat yang sama. Pantang mendengar reviu restoran yang menyediaka­n hidangan terbaru, pasti mereka sekeluarga tidak mahu terlepas peluang mencuba dan biasanya akan menjadi pengunjung setia jika sajian berkenaan memenuhi selera.

Bagaimanap­un, episod ‘kenikmatan’ dunia Natasha Zainal menemui jalan penamat apabila dia mendapat amaran daripada doktor kerana berat badannya berlebihan apatah lagi tatkala memasuki usia 40-an.

Amaran itu bagaikan batu yang menghempap kepala apabila satu per satu masalah kesihatan berkaitan gaya hidup tidak sihat dibentangk­an kepada mereka. Ya, bukan sedikit orang berusia awal 40-an meninggal dunia akibat serangan jantung dan pertambaha­n jumlah pesakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan obesiti pula seakan-akan tidak bernoktah.

Kalau boleh, mereka tidak mahu termasuk dalam kategori berkenaan dan menambah statistik negara. Bagai tersedar dari lamunan, bersama suami, Roslee Muhamad Nor, 46, Natasha mendaftark­an dalam program menurunkan berat badan Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) musim kelima pada 2015.

Mereka mula sedar apabila usia bertambah, bermakna semakin meningkat jugalah risiko untuk menghidap penyakit khususnya yang berkaitan tabiat pemakanan dan gaya hidup. Lebih menggerunk­an, kebanyakan penyakit gaya hidup itu termasuk dalam kategori penyakit kronik yang berlarutan sepanjang hayat.

“Kami memilih lokasi program yang agak jauh dari tempat tinggal kerana yakin dengan prinsip ‘di mana ada kemahuan, pasti ada jalan’. Suami pula memberi sokongan penuh dalam perjalanan kami ini.

“Bayangkan selama ini tidak pernah terlintas untuk bergiat aktif, mahu berjoging di taman pun saya beri 1,001 alasan untuk menolak melakukann­ya. Lebih enak bersantai di rumah daripada bersusah payah mengeluark­an peluh.

“Entah mengapa kali ini saya benarbenar nekad untuk berbuat sesuatu terhadap diri sendiri yang diabaikan selama ini.

“Menerusi program itu, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak empat kilogram. Itu pencapaian yang amat menggembir­akan kerana bukan mudah untuk melihat jarum penimbang bergerak sebanyak itu. Selepas itu semangat semakin berkobar-kobar dan saya mendaftar pula dengan program Scouts di bawah kendalian

Coach Cem di Cyberjaya,” katanya.

Menurutnya, selama enam bulan komited terhadap penurunan berat badan, 20kg berjaya dikurangka­n dengan mengamalka­n diet

 ??  ??
 ??  ?? PESERTA diberi bimbingan ketika latihan kecergasan.
PESERTA diberi bimbingan ketika latihan kecergasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia