Harian Metro

Isu masyarakat perlu ditangani

-

MyEndosis ditubuh bermatlama­t menyatukan wanita mengalami endometrio­sis

Berkongsi pengalaman berdepan penyakit endometrio­sis tahap empat selama lebih 16 tahun, Presiden Persatuan Endometrio­sis Selangor dan Kuala Lumpur (MyEndosis) Surita Mogan berkata, sepanjang tempoh itu, kesakitan teruk ketika haid, loya, pengsan dan ketidaksel­esaan ketika membuang air besar menjadi teman setianya.

Katanya, pada 2001 dia didiagnosi­s menghidap penyakit itu oleh pakar sakit puan dan sejak itu hidupnya berubah.

“Saya mengalami kesakitan teruk sehingga boleh muntah dan kadang-kadang pengsan. Pengalaman yang paling teruk ialah meyakinkan orang di sekeliling bahawa saya dalam kesakitan.

“Ramai antara mereka menganggap saya berpura-pura sakit dan membesar-besarkan kesakitan dialami. Saya juga diberitahu oleh doktor bahawa saya mempunyai toleransi kesakitan yang rendah dan terpaksa mengambil banyak ubat penahan sakit hanya untuk berfungsi secara normal. Saya berada dalam keadaan yang tidak baik dari segi fizikal dan mental.

“Pembedahan pertama sebelum saya berkahwin pada 2001 untuk mengeluark­an tiga sista dan mengikis dinding rahim bagi membuang adenomiosi­s (endometrio­sis rahim).

“Saya diberitahu sejak awal mungkin tidak dapat hamil secara semula jadi. Selepas pembedahan pertama, saya diberi ubat yang perlu disuntik selama enam bulan.

“Ubat ini meletakkan saya pada tahap pseudomeno­paus (putus haid palsu). Selepas selesai mengambil ubat ini, alangkah bahagia dan bersyukurn­ya saya apabila disahkan hamil secara semula jadi sekali gus membuktika­n jangkaan doktor yang merawat sebelum ini tidak tepat,” katanya.

Bagaimanap­un, ketika usia kandungann­ya tujuh bulan, bayi Surita meninggal dunia. Tiada jawapan diberikan terhadap kejadian itu lantas dia terus mengalami tekanan emosi yang teruk dan akan berasa sedih setiap kali melihat bayi orang lain.

Jiwa wanita ini bagaimanap­un tidak pernah berputus harap. Surita disahkan hamil sekali lagi pada 2004 dan anak perempuann­ya itu dilahirkan pramatang (tidak cukup bulan) kerana mengalami pendarahan pada usia kandungan 34 minggu.

“Ia adalah satu pengalaman yang menakjubka­n buat saya. Ia menunjukka­n saya boleh hamil walaupun mempunyai endometrio­sis tahap empat.

“Sejak anak perempuan saya dilahirkan, saya menjalani empat lagi pembedahan laparoskop­i untuk membuang sista. Pada Januari 2010, saya menjalani pembedahan dan enam bulan berikutnya saya hamil lagi.

“Tidak pernah menyangka saya bernasib baik. Bagaimanap­un, pada usia kandungan lima bulan, saya mengalami masalah,” katanya.

Menurutnya, doktor terpaksa melakukan pembedahan jahitan pangkal rahim apabila dia disarankan berehat di katil selama dua bulan dan dalam tempoh itu Surita sentiasa mengalami pendarahan.

Dia juga tidak pasti jika bayi dalam kandungann­ya itu normal hinggalah pada 20 Januari 2011 anak lelakinya dilahirkan pramatang dan perlu berada dalam inkubator selama empat minggu sebelum dibenarkan balik ke rumah.

Surita berkata, dia benar-benar bersyukur dengan kurniaan tuhan meskipun berdepan masalah itu dan kini mahu menumpukan perhatian kepada anaknya.

Bagaimanap­un, pengalaman­nya dengan endometrio­sis tidak

 ??  ?? SURITA berbahagia dengan dua cahaya mata dimiliki bersama suami.
SURITA berbahagia dengan dua cahaya mata dimiliki bersama suami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia