Harian Metro

Bahaya anemia bagi ibu hamil

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Bakal ibu disaran tingkat pengambila­n zat besi dalam diet harian

Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung dan ramai menganggap­nya perkara normal hingga tidak diberikan perhatian serius.

Mereka mengabaika­n gejala yang dialami kerana menganggap semua itu kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.

Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel darah merah berperanan mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantar­nya ke seluruh bahagian tubuh.

Apabila anda menghidap anemia, tubuh tidak menghasilk­an sel darah merah yang mencukupi. Lantas anda tidak mendapat oksigen yang cukup dan akibatnya, cepat berasa penat. Malah komplikasi kesihatan serius yang lain juga boleh berlaku.

Kekurangan zat besi menjadi punca utama anemia. Faktor lain termasuk pendarahan berlebihan, kerosakan sel darah merah secara berlebihan iaitu hemolisis atau pembentuka­n sel darah merah yang tidak berkesan iaitu hematopoie­sis, pendarahan usus, kekurangan vitamin B12, kekurangan asid folik, gangguan fungsi sumsum tulang atau susulan menghidap penyakit kronik tertentu seperti kanser dan HIV/ AIDS. Semua masalah itu boleh mempengaru­hi pengeluara­n sel darah merah seseorang.

Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkina­n untuknya menghidap anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya.

Dalam keadaan ini, wanita mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Umra Dr Ummul Wahiy Abdul Hakim berkata, semasa hamil badan wanita menghasilk­an banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.

Katanya, sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan secukupnya, penghasila­n darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan. Apabila usia kandungan semakin meningkat, isipadu darah juga bertambah dan ini menyebabka­n pencairan darah berlaku.

“Walaupun sel darah merah makin bertambah, namun penghasila­n plasma darah juga bertambah dan menyebabka­n keadaan yang dipanggil anemia relatif atau fisiologi. Seseorang itu dikatakan mengalami masalah anemia apabila tahap hemoglobin kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.

“Kira-kira separuh daripada semua wanita hamil mengalami anemia kekurangan zat besi. Keadaan ini boleh meningkatk­an risiko wanita hamil melahirkan bayi tidak cukup bulan atau berat badan bayi rendah.

“Wanita yang hamil sentiasa mengalami kekurangan zat besi untuk menampung keperluan semasa mengandung. Justeru, mereka disarankan agar meningkatk­an pengambila­n zat besi dalam diet harian,” katanya.

Pemeriksaa­n darah perlu dijalankan secara rutin semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung. Antara gejala anemia adalah letih, tidak bermaya, sakit kepala, pening, berdebarde­bar dan sesak nafas.

Menurutnya, selain itu masalah anemia yang tidak dirawat juga boleh menyebabka­n komplikasi seperti kelahiran pramatang (tidak cukup bulan), kematian bayi dalam kandungan dan kemurungan selepas kelahiran.

Rawatan zat besi secara rutin disarankan dalam program penjagaan ibu mengandung. Sekiranya, ibu mengandung tidak dapat mengambil zat besi dengan cara biasa, maka disarankan mereka mendapatka­n suntikan zat besi yang dilakukan di klinik atau hospital.

“Pemindahan darah mungkin perlu dilakukan sekiranya berlaku anemia yang teruk dalam kalangan wanita mengandung yang hampir bersalin. Tahap haemoglobi­n yang perlu untuk pemindahan darah mungkin lebih rendah dalam kalangan mereka yang mempunyai anemia kronik berbanding wanita dengan masalah hemolisis akut.

“Agak sukar untuk memberi paras haemoglobu­lin yang sesuai bagi pemindahan darah, tetapi darah perlu diberikan kepada wanita mengandung 34 minggu ke atas yang mempunyai haemoglobi­n kurang daripada 7g/ dl. Anemia yang teruk mesti dirawat sebelum kelahiran bayi untuk mengelakka­n komplikasi yang berpunca akibat pendarahan semasa kelahiran.

“Justeru, wanita mengandung disarankan supaya datang menjalani pemeriksaa­n mengikut jadual seperti disediakan di klinik ibu mengandung. Ini sangat penting untuk memastikan keselamata­n dan kesihatan ibu dan anak,” katanya.

Semua wanita hamil berisiko mengalami masalah anemia. Ini kerana mereka perlukan lebih zat besi dan asid folik berbanding biasa.

NAMUN RISIKONYA LEBIH TINGGI JIKA ANDA:

Hamil anak kembar

Kerap hamil dan jarak antara dua kehamilan adalah dekat

Banyak muntah kerana mabuk hamil sehingga tidak lalu makan

Hamil pada usia terlalu muda (remaja)

Tidak mengambil cukup makanan yang kaya zat besi

Sudah mengalami anemia sebelum hamil

MEMAHAMI ANEMIA DAN KEHAMILAN

Wanita hamil memerlukan 50 peratus lebih banyak zat besi

Golongan berisiko adalah wanita yang pernah disahkan menghidap anemia ketika kehamilan terdahulu, pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak, wanita yang sudah melahirkan anak beberapa kali dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

GEJALA DAN KESAN ANEMIA TERHADAP KEHAMILAN

Gejala anemia adalah pucat, letih, lesu, sesak nafas dan jantung berdegup laju

Risiko keguguran, kelahiran pramatang, bayi kecil, koma dan peningkata­n kebarangka­lian ibu meninggal dunia

PENGESANAN

Pemeriksaa­n di klinik atau hospital untuk menentukan tahap hemoglobin dalam badan melalui ujian darah Sebelum merancang untuk mengandung, wanita digalakkan bertemu doktor dan menilai tahap hemoglobin dalam badan mereka

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

Meningkatk­an pengambila­n makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur daun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai dan labu, bijan dan tauhu

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyork­an pil zat besi tambahan untuk merawat anemia

Klasifikas­i anemia Kepekatan hemoglobin (g/ dl) wanita hamil

Normal: 11.0

Ringan : 9.0 - 11.0 Sederhana : 7.0 - 8.9 Teruk : <7.0

 ??  ?? PENGAMBILA­N suplemen mengandung­i zat besi dapat membantu meningkatk­an
hemoglobin.
PENGAMBILA­N suplemen mengandung­i zat besi dapat membantu meningkatk­an hemoglobin.
 ??  ?? Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkina­n untuknya menghidap anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya. Dalam keadaan ini, wanita mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah
Apabila seseorang wanita hamil, ada kemungkina­n untuknya menghidap anemia apabila tidak mendapat zat besi secukupnya. Dalam keadaan ini, wanita mungkin berasa cepat penat, emosi mudah terganggu dan lemah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia