Harian Metro

SoufflE telur mudah disediakan

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Makanan boleh menjadi penawar atau racun kepada kesihatan, bergantung kepada jenis dan amalan pemakanan setiap orang.

Bagi mereka yang mahu mengubah gaya pemakanan, tetapi tidak sanggup ‘menggadaik­an’ rasa dalam hidangan, pelbagai resipi sihat boleh dicuba.

Sebenarnya, tidak sukar menyediaka­n menu makanan sihat, tapi masih enak dinikmati seisi keluarga. Kebiasaann­ya, stigma masyarakat terhadap makanan sihat hanyalah berkisar mengenai sayuran mentah, rasa tawar dan kurang menarik.

Hakikatnya, menyediaka­n resipi sihat juga amat menarik kerana selain mudah, bahan yang digunakan juga kebiasaann­ya sedia ada di rumah.

Bergantung kepada kreativiti masing-masing untuk menjadikan hidangan indah dipandang dan membangkit­kan selera, asalkan ada kemahuan pasti matlamat untuk menjadikan gaya hidup sihat dapat direalisas­ikan.

Pemilihan makanan sihat bukan saja membantu anda mengawal kalori yang diambil setiap hari, malah mungkin terhindar daripada pelbagai penyakit bahaya disebabkan pemakanan tidak sihat.

Jika dulu hidangan seperti nasi lemak, roti canai, makanan segera, kuih muih manis dan bergoreng menjadi santapan setiap pagi, tiba masa anda mula mengubah rutin dengan memasak sarapan sendiri yang ringkas, tapi menyihatka­n.

Berikut bahan dan cara penyediaan hidangan souffle telur yang boleh dicuba sendiri di rumah yang disediakan Zuraima Mohd Ismail.

Bahan

2 biji telur

1 sudu kecil minyak zaitun 1/2 biji lada benggala merah Segenggam kecil daun bayam

Garam dan lada hitam

 ??  ?? HIDANGAN siap dimasak. 1. LADA benggala dihiris kasar. Masukkan hirisan lada benggala ke dalam bekas pembakar, dan dibakar selama 15 minit dalam ketuhar yang dipanaskan pada 170 darjah Celsius. Selepas masak, lada benggala dipotong dadu.
2. PECAHKAN...
HIDANGAN siap dimasak. 1. LADA benggala dihiris kasar. Masukkan hirisan lada benggala ke dalam bekas pembakar, dan dibakar selama 15 minit dalam ketuhar yang dipanaskan pada 170 darjah Celsius. Selepas masak, lada benggala dipotong dadu. 2. PECAHKAN...
 ??  ?? 3. SAPU dua bekas pembakar kecil dengan minyak zaitun Bahagikan telur putih sama rata ke dalam dua bekas membakar itu.
4. SUSUN daun bayam dan lada benggala ke atas telur.
5. LETAKKAN kuning telur secara perlahan ke atas adunan. Bakar dalam ketuhar...
3. SAPU dua bekas pembakar kecil dengan minyak zaitun Bahagikan telur putih sama rata ke dalam dua bekas membakar itu. 4. SUSUN daun bayam dan lada benggala ke atas telur. 5. LETAKKAN kuning telur secara perlahan ke atas adunan. Bakar dalam ketuhar...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia