Harian Metro

Tiga ‘anggota auta’ SPRM

- Ikhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Kakitangan kerajaan cuba disamun lelaki mengaku anggota penguat kuasa

Berpakaian kemas dan berwajah serius. Itu perwatakan tiga lelaki menyamar sebagai anggota penguat kuasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cuba menyamun seorang lelaki di sebuah flat kakitangan kerajaan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa berusia 48 tahun berada di rumahnya sebelum tiga lelaki tidak dikenali memperkena­lkan diri sebagai anggota penguat kuasa SPRM.

Suspek yang berpakaian kemas kemudian meminta mangsa memberi penjelasan mengenai wang yang diperoleh untuk membeli peralatan muzik dan kelengkapa­n rumah lain.

Bagaimanap­un, mangsa rasa curiga dengan pertanyaan suspek kerana yakin mereka bukan anggota penguat kuasa seperti yang didakwa sebelum mengunci pintu rumahnya.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­dan Zulkipli Suhaili berkata, bagi meyakin dan menakutkan mangsa, suspek menunjukka­n kad kuasa agensi yang mempunyai logo SPRM dan namanya.

Bagaimanap­un, katanya, suspek tidak berjaya memperdaya­kan mangsa sebelum beredar dari perumahan berkenaan kerana bimbang kegiatan mereka dihidu penduduk lain.

Menurutnya, mangsa yang bimbang suspek datang kembali membuat laporan di Balai Polis Bintulu, tengah hari kelmarin.

“Polis menghubung­i SPRM dan mendapati tiada arahan dikeluarka­n untuk anggota agensi itu menjalanka­n siasatan ke rumah mangsa.

“Semakan lanjut terhadap nombor pendaftara­n Proton Saga dinaiki suspek juga didapati menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu,” katanya.

Menurutnya, satu pasukan khas ditubuhkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk mengesan kumpulan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda jika sabit kesalahan

“Orang ramai dinasihatk­an berwaspada sekiranya didatangi individu mencurigak­an dan perlu membuat semakan dengan agensi berkaitan atau menghubung­i Balai Polis Bintulu di talian 08-6331121,” katanya. Papar: Tindakan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) berselindu­ng di sebalik rumah sewa di Kinarut, di sini, gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila beberapa lokasi diserbu, dalam Ops PATI Bersepadu, malam kelmarin.

Dalam serbuan bermula jam 10 malam itu, semua PATI berusia antara lima hingga 55 tahun ditahan sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superitend­an Ladamah Sulaiman berkata, serbuan itu menumpukan beberapa kampung termasuk Kampung Kelatuan, Kampung Nagapas, Kampung Simpudu, Kampung Kawang, Kampung Sagindai dan Kampung Soka Kinarut.

“Kita menerima maklumat berhubung kehadiran PATI di kawasan berkenaan dan sepasukan anggota melakukan serbuan yang

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia