Harian Metro

Menjalar atas siling

- Recqueal Raimi hmkk@hmetro.com.my

 Warung kecoh selepas menyedari ular sepanjang 0.7 meter

Beberapa pelanggan di sebuah warung, di sini, bertempiar­an lari apabila menyedari seekor ular tedung selar menjalar di siling premis itu di Jalan Bolong, semalam.

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, beberapa pelanggan berada di premis itu sambil menikmati minuman dan makanan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Bolong, Norali Deris, 61, berkata, ketika kejadian dia sedang minum kopi sebelum menyedari ada ‘objek’ bergerak di siling warung berkenaan.

“Saya memaklumka­n pekerja warung mengenai kehadiran ‘objek’ itu sebelum didapati ia adalah seekor ular tedung.

“Dalam masa sama, beberapa pelanggan turut menyedari ular itu berada di siling sebelum masing-masing bertempiar­an lari keluar dari warung kerana terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norali berkata, bimbang dengan kejadian itu, dia segera menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatka­n bantuan.

Sementara itu, Pegawai APM Unit Tuaran, Paulina Francis berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 11.25 pagi, empat anggota dikejar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, ular tedung berwarna hitam itu didapati masih berada pada siling warung. Haiwan berbisa berukuran panjang 0.7 meter dengan berat 400 gram itu berjaya ditangkap menggunaka­n pencangkuk dan penyepit,” katanya.

Paulina berkata, operasi ditamatkan pada jam 12.08 tengah hari.

 ??  ?? ANGGOTA APM menunjukka­n ular tedung yang ditangkap di sebuah warung di Jalan Bolong, Tuaran.
ANGGOTA APM menunjukka­n ular tedung yang ditangkap di sebuah warung di Jalan Bolong, Tuaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia