Harian Metro

KERBAU MAHU DIJUAL BUNUH TUAN

 Pengawal dipijak, ditanduk haiwan peliharaan mahu dijual

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

Seorang pengawal keselamata­n maut akibat ditanduk dan dipijak kerbau peliharaan­nya yang tiba-tiba mengamuk dalam kejadian di Kampung Paya Tambang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, Bazarudin Yeop Yahaya, 59, disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di dada dan perut selepas dibawa ke hospital oleh keluargany­a.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan menghubung­i dua rakannya meminta bantuan untuk menaikkan haiwan berkenaan ke atas lori kerana mahu dijual.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan dua rakannya itu cuba menaikkan haiwan berkenaan ke atas lori.

“Ketika mahu menaikkan kerbau itu, seutas tali yang mengikatny­a dipercayai longgar menyebabka­n secara tiba-tiba haiwan itu mengamuk lalu menanduk serta memijak badan mangsa.

“Mangsa yang terbaring dalam belukar selepas ditanduk sempat meminta rakannya dan pembeli kerbau itu menaikkan haiwan berkenaan ke atas lori,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa pulang ke rumah sebelum dihantar keluargany­a ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) di sini, untuk rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah dialami.

Katanya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan pendarahan teruk akibat luka tandukan kerbau itu di dada dan abdomen mangsa.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut berikutan tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga dan rakan Bazarudin enggan ditemu bual kerana masih bersedih dengan kejadian itu ketika kunjungan Harian Metro ke rumah mangsa, semalam.

Bagaimanap­un, Harian Metro difahamkan jenazah mangsa tiba di kediamanny­a kira-kira jam 11 pagi sebelum disembahya­ng dan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja di sini, jam 12 tengah hari, semalam.

 ??  ??
 ??  ?? RAKAN mangsa sugul selepas menerima berita sedih.
RAKAN mangsa sugul selepas menerima berita sedih.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia