Harian Metro

DUA JARI QOBIN ‘BEKU’

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

 Kebas berpanjang­an kerana cuaca sejuk sehingga negatif 26 Celsius

Dua jari tangan kiri penjelajah negara Muhammad Muqharabbi­n atau Qobin, 36, yang kini dalam misi melengkapk­an penjelajah­an ke titik kosong darjah di Kutub Selatan kebas berpanjang­an dan dibimbangi mengalami gigitan fros.

Penasihat Kelab Explorasi 7 Benua (KE7B) Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, Qobin menghubung­i beliau melalui telefon satelit malam kelmarin memaklumka­n misi yang dilaluinya kali ini agak sukar.

Beliau berkata, ini kerana cuaca sejuk melampau sehingga negatif 26 Celsius menyebabka­n dua jari tangan kiri Qobin mengalami kebas berpanjang­an dan tidak boleh merasa apa-apa.

“Qobin memaklumka­n beberapa penjelajah dari kumpulan lain terpaksa diselamatk­an dan gagal menamatkan penjelajah­an berski di Kutub Selatan kerana mengalami kebas tangan berpanjang­an dan dibimbangi mengalami gigitan fros.

“Dalam perbualan singkat itu, saya meminta Qobin terus bertahan dan melakukan rawatan segera ke atas tangan bagi mengelakka­n berlakunya gigitan fros.

“Qobin turut meminta kami berdoa supaya keadaan jarinya dapat pulih segera seperti sediakala, seterusnya membolehka­n beliau menamatkan penjelajah­an yang dijangka boleh ditamatkan dalam tempoh dua setengah hari sahaja lagi,” katanya.

Akmar Hisham berkata, sehingga kini, Qobin sudah berski sejauh 85 kilometer (km) dalam tempoh lima hari dan kelmarin beliau berjaya berski sejauh 22km.

“Ekspedisi kini hanya berbaki 26 kilometer (km) lagi. Hari ini (semalam) Qobin berusaha untuk berski antara 10 hingga 11 jam lagi bagi menghabisk­an baki penjelajah­an.

“Beliau dijangka tiba di titik 90 Kutub Selatan pada jam 8 malam waktu tempatan atau 7 pagi ini (waktu Malaysia),” katanya.

Qobin kini dalam misi melengkapk­an penjelajah­an ke titik kosong darjah di Kutub Selatan untuk bergelar Penjelajah Grand Slam.

Sekiranya berjaya, Qobin akan menjadi rakyat Malaysia pertama, warga Asia Tenggara kedua dan umat Islam ketiga selain 70 individu terawal menamatkan misi yang diiktiraf badan eksplorasi sebagai Penjelajah Grand Slam.

 ??  ??
 ??  ?? QOBIN bersama rakan dalam helikopter ketika penerbanga­n ke Stesen Barneo.
GAMBAR fail menunjukka­n Qobin dalam kembara sebelum ini.
QOBIN bersama rakan dalam helikopter ketika penerbanga­n ke Stesen Barneo. GAMBAR fail menunjukka­n Qobin dalam kembara sebelum ini.
 ??  ?? QOBIN (tengah) sebelum berlepas ke Kutub Selatan untuk misi penjelajah­an ke titik kosong darjah untuk bergelar Penjelajah Grand Slam.
QOBIN (tengah) sebelum berlepas ke Kutub Selatan untuk misi penjelajah­an ke titik kosong darjah untuk bergelar Penjelajah Grand Slam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia