Harian Metro

PETUA UNTUK IQRAM DINZLY

- Hayati Ibrahim dan Syafil Syazwan Jefri am@hmetro.com.my

Pelakon Iqram Dinzly yang tampil berkelakua­n

‘pelik’ ketika ‘live’ di akaun Instagram akhir-akhir ini dinasihat mendamping­i al-Quran serta berzikir. Saranan itu terkandung dalam surat terbuka Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

(gambar) yang ditujukan kepada artis berkenaan,

lapor Hayati Ibrahim dan Syafil Syazwan Jefri

Putrajaya

Dekati al-Quran dan berzikir. Itu antara isi kandungan surat terbuka Mufti Wilayah Persekutua­n Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri kepada pelakon Iqram Dinzly yang dimuat naik ke akaun Facebook (FB) beliau, semalam.

Zulkifli berkata, hanya mengingati Allah SWT dengan mendekati al-Quran dan berzikir jiwa akan menjadi tenang.

Zulkifli turut menjemput Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n, di sini untuk lebih mengenali antara satu sama lain serta berbincang berkenaan situasi dan keadaan pelakon terbabit.

“Mungkin ada sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan. (Iqram) boleh menghubung­i kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri,” katanya dalam surat berkenaan.

Zulkifli berkata, pihaknya juga maklum mengenai kisah kehidupan pelakon berkenaan dalam media sosial selain mengucapka­n takziah di atas pemergian bapa Iqram, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said.

“Kami percaya, saudara Iqram dan mama amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi.

“Berkenaan hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar,” katanya.

Namun pada masa sama, beliau berkata, pihaknya turut maklum mengenai cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadapny­a.

“Nasihat kami, cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulika­n dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada saudara.

“Semoga Allah memberikan ketabahan kepada saudara dalam menempuh ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan kekuatan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan perilaku Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin yang dikatakan kian pelik oleh netizen ketika ‘live’ di akaun Instagram miliknya

Perangai pelik Iqram mula diperkatak­an sejak Oktober lalu apabila sering berkongsi gambar di Instagram termasuk swafoto bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.

Bapanya meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.

Dekati al-Quran, jangan ambil kisah cemuhan netizen antara kandungan surat terbuka daripada mufti

 ??  ?? MuftiWilay­ah Persekutua­ntulis
suratterbu­ka
MuftiWilay­ah Persekutua­ntulis suratterbu­ka
 ??  ??
 ??  ?? DR Zulkifli
DR Zulkifli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia