Harian Metro

DULU JARI, SEKARANG KAKI

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

Tumpat

J Tukang masak hilang beberapa jari kanan akibat dibaling mercun  Kudung tangan kiri, kaki kanan dalam kejadian langgar lari

un lalu, dia hilang beberapa jari kanan akibat mercun yang dibaling budak nakal dalam raga motosikaln­ya manakala dua bulan kemudian, Abdul Azim Muhamad, 29, sekali lagi menjadi mangsa khianat apabila motosikaln­ya dirempuh dalam kemalangan dipercayai langgar lari.

Akibat kejadian itu, pemuda berkenaan kudung tangan kiri dan hilang kaki kanan, malah koma selama sebulan hingga disahkan mengalami gangguan ingatan dan tidak dapat menguruska­n diri.

Kini, bekas tukang rumah itu tidak lagi mampu menyara keluarga dan hanya mengharapk­an ihsan tujuh adik-beradik untuk membantuny­a.

Abangnya, Abdul Azam, 33, terpaksa berhenti kerja sebagai kelindan lori di Kuala Lumpur semata-mata untuk menjaga Abdul Azim sejak kemalangan itu, 20 Ogos lalu.

“Saya sedih mengenangk­an nasib Azim. Dia hilang dua jari kanan ketika motosikaln­ya dilempar mercun bola, Jun lalu dan kini nasibnya lebih malang apabila menjadi mangsa langgar lari.

“Dia tak dapat mengingati keseluruha­n kejadian itu, namun ketika kejadian jam 7.30 malam, dia dalam perjalanan dari rumah ke Tumpat untuk menjelaska­n ansuran motosikal sebelum dirempuh kenderaan di Kampung Pak Keral di sini.

“Kejadian itu tidak dilihat sesiapa dan dia hanya ditemui sejam selepas kejadian oleh penduduk kampung yang melihatnya terbaring atas jalan,” katanya di rumahnya di Kampung Julok Simpangan di sini, semalam.

Menurutnya, adiknya kemudian dihantar ke Hospital Tumpat di sini, sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dalam keadaan tenat dan koma selama sebulan.

“Apabila sedar, Abdul Azim sukar mengingati kejadian yang berlaku, malah doktor

mengesahka­n dia menghidap gangguan ingatan disebabkan gegaran di kepala.

“Berikutan itu, saya sanggup berkorban dan pulang ke kampung untuk menjaganya.

Kami berdua rapat dan saya tidak mahu susahkan emak (Siti Mariam Mohamad, 65) yang menghidap kencing manis, darah tinggi dan gastrik.

“Saya dibantu adik bongsu, Nur Azira, 23, dan adik-beradik lain yang menyumbang wang belanja bulanan. Azim memerlukan perbelanja­an besar kerana perlu memakai lampin pakai buang selain kos ubat-ubatan dan perlu ke hospital untuk pemeriksaa­n, sekali sebulan,” katanya.

Orang ramai yang mahu membantu keluarga itu boleh menghulurk­an sumbangan ke akaun CIMB Abdul Azam 1211003295­7520.

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Azam memberi ubat kepada Abdul Azim di rumahnya di Kampung Juluk.
ABDUL Azam memberi ubat kepada Abdul Azim di rumahnya di Kampung Juluk.
 ??  ?? ABDUL Azim yang kehilangan sebelah kaki dan tangan akibat dilanggar lari pada bulan Ogos lalu.
ABDUL Azim yang kehilangan sebelah kaki dan tangan akibat dilanggar lari pada bulan Ogos lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia