Harian Metro

SUAMI RENTUNG DEPAN MATA

- Rudy Fazrunisya­m Samarudin rudy@hmetro.com.my

 Lelaki temui ajal kenderaan terbakar dalam nahas

Kulai

Seorang lelaki rentung, manakala isteri dan anak perempuann­ya berjaya diselamatk­an orang ramai selepas Proton Persona dinaiki terbakar dalam kemalangan di Kilometer 41 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.55 pagi, mayat mangsa Muhammad Rusdi Yakob, 29, ditemui anggota bomba di tempat duduk pemandu sebaik api dipadamkan.

Jurucakap Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.02 pagi daripada orang awam sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bersama lima anggota dan seorang pegawai bergegas ke lokasi.

“Sebaik api berjaya dipadamkan, anggota bomba menemui mayat seorang lelaki di tempat pemandu. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, kemalangan turut menyebabka­n isteri Muhammad Rusdi iaitu Salwa Atasha Muhammad, 30, serta anaknya Nuraisha Sofiah berusia tiga tahun cedera dan dirawat di Hospital Kulai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai Superinten­dan Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan mendapati Proton Persona berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang kenderaan lain dipercayai lori atau treler.

Katanya, ia berdasarka­n kesan remuk di bahagian hadapan kereta dinaiki tiga sekeluarga itu yang turut menyebabka­n ia terbakar dan pemandunya turut tersepit sebelum ditemui rentung.

“Isteri dan anak mangsa yang berada di tempat duduk belakang dikeluarka­n pengguna lain yang melalui lokasi kejadian. Mereka kemudian dibawa ke Hospital Kulai oleh ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 dan pihak polis meminta saksi kejadian tampil menyalurka­n maklumat.

 ??  ??
 ??  ?? MAYAT Mohamad Redzuan ditutup dengan kain hitam. PEMANDUU Toyota Inova yang berusia 25 tahun hanya cedera ringan.
MAYAT Mohamad Redzuan ditutup dengan kain hitam. PEMANDUU Toyota Inova yang berusia 25 tahun hanya cedera ringan.
 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah kereta yang meragut satu nyawa.
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran sebuah kereta yang meragut satu nyawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia