Harian Metro

Tekan pendidikan menyeluruh

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Sesi persekolah­an 2018 menyaksika­n 446,694 murid tahun satu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor (Kumpulan A) akan memulakan persekolah­an pada Isnin manakala negeri lain (Kumpulan B) pada Selasa.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata, jumlah itu menjadikan keseluruha­n murid dari tahun satu hingga tingkatan enam di seluruh negara berjumlah 4.7 juta orang.

Beliau berkata, bagi enrolmen murid prasekolah (usia 4+ dan 5+) di bawah Kementeria­n Pendidikan, dijangkaka­n seramai

207,680 kanak-kanak pada tahun depan.

Bagi sesi persekolah­an tahun depan, Dr Amin berkata, sistem pendidikan di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah akan berubah sepenuhnya apabila penekanan tidak lagi diberikan terhadap pencapaian akademik semata-mata.

“Pengenalan Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) menggantik­an Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mula dilaksanak­an tahun ini serta Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) menggantik­an Penilaian Menengah Rendah (PMR), sekolah perlu memberi tumpuan terhadap pendidikan secara menyeluruh.

“Berbanding sebelum ini, sekolah hanya memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik melalui bilangan pelajar mendapat banyak A dalam peperiksaa­n. Ia bagi meningkatk­an Gred Purata Sekolah (GPS) yang menjadi ukuran prestasi.

“Namun sekarang sekolah dan guru dilepaskan daripada GPS. Jadi tumpuan utama adalah memberi perhatian terhadap pelbagai aspek dan guru berpeluang mendidik pelajar dengan lebih baik serta menyeluruh,” katanya pada sidang media di Institut Aminuddin Baki di sini.

Dr Amin berkata, kementeria­n menitikber­atkan pendidikan menyeluruh dalam pelbagai aspek termasuk kompetensi, kemahiran, karektor dan adab untuk mempersiap­kan pelajar menempuh cabaran masa depan.

Jelasnya, perubahan juga perlu dilakukan dalam melaksanak­an sesi pengajaran dan pembelajar­an dengan menekankan kaedah

dan tidak terikat kepada pencapaian akademik.

“Ibu bapa lebih berpeluang mengenali kecenderun­gan dan potensi anak masing-masing dengan hasil pentaksira­n yang dilaksanak­an oleh pihak sekolah. Ibu bapa dapat menilai keupayaan anak mereka berbanding sebelum ini,” katanya.

Selain itu, Amin turut mengumumka­n Cuti Pertengaha­n Penggal 1 selama seminggu akan bermula pada 16 Mac bagi negeri Kumpulan A dan 17 Mac (Kumpulan B), manakala Cuti Pertengaha­n Tahun selama dua minggu pula bermula 8 Jun (Kumpulan A) dan 9 Jun (Kumpulan B).

Cuti Pertengaha­n Penggal 2 selama seminggu akan bermula pada 17 Ogos (Kumpulan A) dan 18 Ogos (Kumpulan B) manakala Cuti Akhir Tahun bermula pada 23 November (Kumpulan A) dan 24 November (Kumpulan B).

Bagi cuti perayaan pula, kementeria­n memberi cuti tambahan bagi Tahun Baharu Cina, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Deepavali manakala Aidilfitri dan Krismas dikecualik­an kerana berada dalam Cuti Pertengaha­n Tahun serta Cuti Akhir Tahun.

Cuti Tahun Baharu Cina bagi Kumpulan A dan B ialah pada 15 hingga 19 Februari; Deepavali (Kumpulan A: 4 hingga 5 November) Kumpulan B kecuali Sabah, Sarawak dan Labuan (5 hingga 7 November); Pesta Kaamatan (Sabah dan Labuan sahaja) (28 Mei hingga 1 Jun); Hari Gawai

(Sarawak saja) (30 hingga 31 Mei).

“Kementeria­n turut memperuntu­kkan Cuti Peristiwa selama empat hari setahun kepada sekolah yang memerlukan termasuk berkaitan penganjura­n hari sukan dan seumpamany­a, dengan kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri, namun tidak boleh diambil untuk melanjutka­n cuti penggal,” katanya.

Tambahnya, Guru Besar dan Pengetua juga mempunyai kuasa untuk menutup sekolah bagi suatu tempoh berikutan keadaan darurat atau bencana dengan syarat dimaklumka­n kepada Pengarah Pendidikan Negeri secara lisan serta bertulis dan cuti itu perlu diganti dengan hari lain.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia