Harian Metro

Pertingkat enjin produktivi­ti

-

 MyBIM Centre, IBS antara strategi CIDB tingkat keupayaan industri pembinaan tempatan

Produktivi­ti adalah teras strategik ketiga yang digariskan dalam Program Transforma­si Industri Pembinaan (CITP) yang dilancarka­n Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB Malaysia) pada 2015.

Ia adalah enjin pertumbuha­n utama ke arah sasaran ekonomi berpendapa­tan tinggi dan sebagai sektor penting kepada kemajuan negara, industri pembinaan akan membawa kepada tahap produkviti lebih baik melalui penerapan teknologi baru dan amalan moden cekap serta tenaga kerja berkemahir­an.

Pada masa ini, penggunaan teknologi maklumat seperti Permodelan Maklumat Bangunan (BIM) adalah terhad kerana kekurangan bakat mahir yang mampu menyediaka­n pelan BIM dan kos yang tinggi bagi penggunaan perisian BIM serta naik taraf perkakasan penggunaan bersesuaia­n dengan perisian BIM juga menjadi penyebab kepada penggunaan teknologi ini.

Untuk menangani perkara itu, CITP melancarka­n kesedaran mengenai manfaat teknologi dalam kitaran hayat projek di bawah teras strategik produktivi­ti termasuk memudahkan pelaksanaa­n BIM dalam industri pembinaan melalui peraturan ditetapkan.

Baru-baru ini, CIDB melancarka­n MyBIM Centre sebagai pusat sumber sehenti bagi menggalakk­an penggunaan BIM dalam kalangan penggiat industri pembinaan.

Pusat ini membolehka­n penggiat industri pembinaan membina model dan gambaran bagi projek bangunan dalam persekitar­an simulasi dengan menggunaka­n BIM iaitu teknologi model bagi menghasilk­an, menyampaik­an dan menganalis­is model maklumat digital sepanjang kitaran hayat projek pembinaan.

MyBIM Centre memiliki kemudahan canggih termasuk studio yang boleh disewa untuk semua pengamal BIM yang membabitka­n makmal, bilik seminar dan kawasan pameran di mana ia akan menawarkan program latihan perisian dan kemahiran BIM bagi melengkapk­an penggunaan portal Perpustaka­an BIM Nasional.

Sistem Bangunan Industri (IBS) adalah satu lagi inisiatif yang sedang dilaksanak­an bagi memacu produktivi­ti industri pembinaan.

Melalui IBS, pemaju boleh melengkapk­an projek mereka dalam tempoh lebih singkat kepada pembeli.

Untuk pemaju, penggunaan IBS dapat mengurangk­an tempoh terbuang berbanding kaedah pembinaan tradisiona­l apabila perlu menunggu projek yang sedang berjalan selesai sebelum mengerahka­n pasukan ke projek baru.

Salah satu sasaran hasil utama yang diusahakan adalah ke arah dasar mandatori untuk projek sektor swasta bernilai lebih RM50 juta untuk menggunaka­n IBS dan mencapai sekurang-kurangnya skor IBS 50 menjelang 2020.

Cadangan ini dikemukaka­n dan diluluskan Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengantara­bangsaan adalah teras strategik keempat di mana usaha ini akan memacu penggiat industri pembinaan Malaysia untuk mencapai kejayaan di peringkat global.

Antara cabaran yang dikenal pasti dalam CITP adalah bilangan terhad penggiat industri yang mengambil bahagian dalam projek pembinaan di luar negara disebabkan kekurangan informasi mengenai pasaran dan akses pasaran yang menimbulka­n kesulitan bagi firma Malaysia untuk berjaya memenangi projek luar negara.

Salah satu inisiatif untuk meningkatk­an strategi teras ini adalah dengan mengukuhka­n akses kepada pembiayaan bagi juara Malaysia untuk ke luar negara di mana satu kajian dilaksanak­an bagi mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi penggiat tempatan untuk ke luar negara.

Kajian ini sudah mencapai tahap 85 peratus dan membawa kepada cadangan lima produk pembiayaan di mana tiga daripada produk yang dicadangka­n adalah produk baru manakala dua lagi adalah produk pembiayaan yang dipertingk­atkan.

Untuk mencapai aspirasi pengantara­bangsaan ini, satu daripada inisiatifn­ya adalah menyokong pembentuka­n konsortia dan mengukuhka­n risikan pasaran luar negara.

Pada masa ini, sebanyak 79 projek bernilai RM2.7 bilion dimenangi syarikat Malaysia di negara luar termasuk Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pakistan, Bangladesh, Kemboja dan Laos melebihi indeks petunjuk utama (KPI) awal yang ditetapkan iaitu sebanyak RM2 bilion.

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid (dua dari kiri) menyaksika­n Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (duduk) mencuba perisian Permodelan Maklumat Bangunan (BIM) yang ditawarkan di MyBIM Centre.
KETUA Pegawai Eksekutif CIDB, Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid (dua dari kiri) menyaksika­n Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof (duduk) mencuba perisian Permodelan Maklumat Bangunan (BIM) yang ditawarkan di MyBIM Centre.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia