Harian Metro

Guardiola puji komitmen pemain

-

Newcastle: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji kesungguha­n pemainnya selepas mereka mencatat 18 kemenangan berturut-turut dengan menewaskan Newcastle 1-0 United, semalam.

Skuad kendalian Guardiola kini kelebihan 15 mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Manchester United, hasil jaringan tunggal Raheem Sterling pada babak pertama.

City menguasai sepenuhnya permainan selepas Newcastle berusaha keras mengekang asakan pasukan pelawat.

Corak bertahan yang diterapkan The Magpies itu bagaimanap­un hampir memberikan mata buat mereka apabila tandukan Dwight Gayle sedikit tersasar di akhir perlawanan.

Bagi Guardiola, beliau mengakui taktik bertahan Newcastle itu memberi kesukaran dalam perlawanan namun beliau memuji usaha keras anak buahnya.

“Kami melakukan segala-galanya tapi ia sukar untuk bermain apabila satu lagi pasukan tidak mahu bermain,” katanya.

“Kami mencipta peluang yang cukup untuk menang 2-0, 3-0, 4-0. Tapi pada minit akhir permainan kami terikut-ikut rentak mereka dan ia bukan mudah kerana kedudukan kami belum selamat dengan jaringan 1-0.

“Anda perlu menjangkak­an situasi seperti ini dan ia bukan mudah untuk mengekalka­n tahap permainan tinggi. “Mana-mana pengurus boleh memutuskan apa yang mereka mahukan. Saya lebih berminat untuk bermain tapi saya menghormat­i apa yang pasukan lawan lakukan dan kami akan mencari jalan bagaimana untuk menyerang mereka.”

Jaringan kemenangan Sterling memperliha­tkan kebangkita­n pemain sayap England itu musim ini.

“Raheem Sterling menjaringk­an banyak gol dan bermain baik jadi kami gembira dengan perkembang­an itu,” kata Guardiola.

“Kami sekarang 15 mata di depan dan kami boleh fokus perlawanan seterusnya menentang Crystal Palace.”

City dilihat sukar digugat untuk merangkul kejuaraan namun pemain tengah, Bernardo Silva tidak mahu hanyut dengan kenyataan itu.

“Kami perlu terus berusaha seperti dilakukan sejak awal musim,” katanya.

“Kami belum bergelar juara. Sekarang baru Disember. Kami masih perlu bermain dengan semangat yang sama untuk memenangi perlawanan.”– AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia