INSPIRASI KEPADA ORANG LAIN
Tubuhnya yang berisi tidak pernah menjadi halangan kepada Dottie, 29, untuk meneruskan kerjaya lakonan, malah tiada langsung diskriminasi terhadapnya.
Dia juga tidak pernah berasa rendah diri kerana penggiat seni tanah air dan peminat kini lebih bersikap terbuka.
Bagi Dottie, bakat lakonan lebih penting berbanding fizikalnya.
Menurut pemilik nama sebenar Nur Syuhaida Ab Razak ini, ada yang mahu dia mengekalkan tubuhnya sebegitu, namun demi kesihatan dia bercadang mengurangkan berat badan.
“Dengan pelbagai genre drama yang diterbitkan, lebih banyak watak ‘tercipta’ dan ia bukan lagi tertumpu kepada pelakon bertubuh langsing saja. Lagipun, semua orang tahu sejak awal pembabitan dalam dunia lakonan menerusi drama Dottie tujuh tahun lalu sehingga nama judulnya terus melekat pada saya, saya memang bertubuh gempal.
“Secara tidak langsung dengan peluang lakonan yang terbuka luas untuk saya turut memberi inspirasi kepada mereka bertubuh gempal untuk menceburi dunia lakonan,” katanya. Nama penyampai radio,
Lin Ariffin mungkin masih baru dalam industri hiburan tempatan.
Namun, penyampai stesen radio baru, Zayan ini bukanlah baru setahun jagung pengalamannya.
Bermula sebagai pembaca berita Buletin Pagi di TV3,
Lin atau nama sebenarnya
Siti Amalina Ariffin mula mengukir nama dalam bidang pengacaraan menerusi program Bismillah Ad-Dhuha.
Selesa mengorak langkah dalam program berbentuk kerohanian dan positif, Lin yang juga peka mengenai fesyen ini punya beberapa matlamat yang ingin digapainya.
“Mungkin, apabila seseorang personaliti mula menjengah ke dalam bidang yang menjurus ke arah keagamaan, ada sesetengah pihak akan meletakkan label personaliti itu bersifat Islamik.
“Bagi saya, ada beberapa faedah buat diri saya secara peribadi. Bak kata pepatah, ‘sambil menyelam minum air’. Selain menghibur, secara tak langsung saya kongsi dan sampaikan mesej positif kepada pendengar,” katanya.