Harian Metro

JANGAN AZAM TINGGAL AZAM

-

lain tidak sama. Jadi apa kata tahun hadapan kita lipat gandakan usaha untuk merealisas­ikan azam yang belum tercapai itu.

Mula dari sekarang dan jangan tunggu lagi supaya impian anda tidak sekadar jadi angan-angan seperti lima azam yang klise seperti di bawah:

1. TURUNKAN BERAT BADAN

Boleh dikatakan, ini antara azam paling popular dalam masyarakat termasuk remaja terutama si gadis namun lebih ramai yang tahu berangan-angan saja berbanding berusaha ke arah itu.

Jika mengamalka­n diet dan bersenam sekalipun, hanya sementara sebelum kembali ke tabiat lama.

Jadi, jika anda masih tekad dengan azam itu, jangan berlengah lagi sebaliknya mulakan sekarang sebelum berat badan anda semakin bertambah atau berada pada paras obes pada akhir 2018 nanti!

2. MENABUNG

Selain menurunkan berat badan, menabung satu lagi tabiat yang sukar dilakukan kebanyakan individu termasuk remaja.

Malah, gaya hidup boros yang menjadi pilihan dan akhirnya, diri sendiri menyesal apabila kehabisan wang di pertengaha­n bulan.

Bagi mengelakka­n ia berlaku, amalkan tabiat menabung dari sekarang dan jadikan matlamat contohnya melancong atau membeli sesuatu sebagai motivasi untuk melakukann­ya.

3. BUANG TABIAT MALAS

Tiba saja tahun baru, rata-ratanya bersemanga­t untuk belajar mahupun bekerja kononnya mahu berubah dan membuang tabiat lama iaitu malas.

Namun, belum sampai pertengaha­n tahun, semangat itu hilang dan mulalah mencari alasan untuk mengambil cuti sakit (MC).

Ingat! Tabiat ini tidak membawa anda ke mana-mana sebaliknya harapan untuk merealisas­ikan azam juga tidak akan kesampaian jika terus berkelakua­n begini.

4. BERHENTI MEROKOK

Percaya atau tidak, ada individu yang berazam berhenti merokok namun sampai masanya, mereka buat-buat lupa dan lebih teruk lagi apabila tabiat itu semakin menjadi-jadi .

Tidak dinafikan, sukar untuk berhenti merokok lebih-lebih lagi jika sudah bertahun-tahun mengamalka­n tabiat itu.

Akan tetapi, itu bukan alasan kerana pepatah ada mengatakan ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.’

5. MELANCONG DENGAN RAKAN

Lupakan tekad klise tahun baru jika yang lama belum tercapai

Ini satu lagi azam yang selalunya tidak menjadi kenyataan kerana sikap hanya tahu merancang tetapi tiada usaha melaksanak­annya.

Akhirnya, impian bercuti bersama tinggal angan-angan. Jadi jika anda betul-betul serius, setiap bulan agihkan sejumlah wang dan masukkan ke dalam tabung melancong anda bersama rakan.

Apabila tiba waktunya, duit sudah tersedia dan anda boleh menggunaka­nnya untuk membeli tiket penerbanga­n dan menampung kos penginapan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia