Harian Metro

5 penumpang parah, 16 cedera

-

Kota Kinabalu dengan membawa 21 penumpang.

“Hasil siasatan polis mendapati, bas yang dalam perjalanan menuju ke

Kota Kinabalu itu cuba mengelak kenderaan dari arah bertentang­an yang masuk ke laluannya.

“Pemandu bas ekspres cuba mengelak kenderaan berkenaan dengan memutar stereng ke sebelah kiri kemudian hilang kawalan dan berpusing dua kali sehingga terbabas di sebelah kanan jalan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Shivananth­an berkata, akibat kemalangan itu, lima penumpang parah manakala penumpang selebihnya hanya cedera ringan.

“Semua penumpang yang parah dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanap­un, usaha mendapatka­n butiran semua mangsa masih dijalankan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n dilokasi kejadian mendapati jalan itu adalah selekoh dan sedikit basah disebabkan hujan.

Katanya, pemandu bas sudah membuat laporan polis di Balai Polis Telupid selepas berlakunya kemalangan.

“Polis sudah mengambil sampel darah pemandu bas ekspres untuk diuji oleh Jabatan Kimia bagi mengesan sekiranya mengandung­i alkohol atau dadah.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Dalam kejadian itu, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatang­an dan BBP Beluran turut bergegas ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.

 ?? FOTO ?? KEADAAN bas ekspres berkenaan tersadai di tepi jalan raya.
FOTO KEADAAN bas ekspres berkenaan tersadai di tepi jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia