Artis cemerlang tahun ini
Industri hiburan tempatan bukan saja dihangatkan dengan deretan kisah sensasi dan kontroversi, malah sepanjang 2017 pelbagai kejayaan dicapai beberapa artis tempatan bagi mewarnai kanvas seni masing-masing.
Menariknya, pencapaian yang diraih itu hasil kerja keras mereka dalam cabang seni diceburi. Turut membantu, tentu saja sokongan daripada peminat yang tidak berbelah bahagi.
Apa yang pasti, kejayaan menggenggam trofi dan pelbagai lagi pengiktirafan bukti mereka layak berada di kedudukan sekarang. Ia sekali gus meletakkan mereka dalam kelas tersendiri.
Menyorot kembali perjalanan sepanjang tahun ini, BLING! menyenaraikan 10 artis paling cemerlang
berdasarkan kejayaan diraih.
1. DATUK SERI SITI NURHALIZA
Walaupun mengumumkan berehat daripada bidang nyanyian kerana sedang hamil enam bulan, kedudukan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi nombor satu negara belum tergugat.
Selain dianugerahkan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk
Seri pada Oktober lalu, Siti juga diiktiraf sebagai Artis Tempatan Paling Tinggi Jumlah Penstriman sepanjang 2017 di aplikasi Spotify.
Kejayaan lain ialah sebagai Artis Terbaik Malaysia (Anugerah BAMA), Grup/
Duo MeleTop bersama Faizal Tahir (Anugerah MeleTop 2017), Artis Duo/Kumpulan Terbaik bersama Faizal Tahir (Anugerah Planet Muzi 2017) dan Celebrity Entrepreneur of The Year (Anugerah SME &
Entrepreneurship Business).
2. KHAI BAHAR
Bakatnya bermula di aplikasi muzik Smule, Khai Bahar kini menjadi antara penyanyi muda yang mekar di dalam dan luar negara.
Sepanjang 2017, Khai berjaya menggenggam lima trofi pada tiga acara berprestij iaitu Artis Baru Meletop pada Anugerah Meletop Era 2017, Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular 3.0 dan Lagu Paling Popular APM (menerusi lagu Bayang) dan Artis Paling Popular APM 2017 pada Anugerah Planet Muzik 2017.
Khai juga dipilih menyanyikan lagu tema filem Indonesia, Haji Kecil.
3. DAYANG NURFAIZAH
Dayang Nurfaizah juga mengekalkan rekod cemerlang dalam bidang nyanyian apabila muncul sebagai pemenang Vokal Terbaik tiga tahun berturutturut pada Anugerah Juara Lagu (AJL).
Tahun ini iaitu AJL31, Dayang menyapu bersih kategori Vokal Terbaik dan Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Lelaki Teragung.
Lebih membanggakan, Dayang yang turut muncul dengan album studio terbaru berjudul Dayang Nurfaizah diberi penghormatan menyanyi pada pembukaan Sukan SEA, KL2017.
Dayang juga menang dua trofi pada Anugerah Planet Muzik 2017 menerusi kategori Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia untuk lagu Lelaki Teragung.
Selain itu, Dayang juga menerima pengiktirafan,
The BrandLaureate Grand Master Brand ICON Leadership berikutan pencapaiannya dalam industri muzik tempatan.
4. SANGEETA KRISHNASAMY
Nama pelakon ini melonjak naik selepas membintangi