Harian Metro

GONDOLA SKYLIFT PATAH

Dua pekerja parah terjatuh ketika tebang dahan pokok

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

“Saya hanya ingat kami tercampak dan tidak tahu apa yang berlaku selepas itu,” kata Che Wan Mohd Asri Che Wan Mustafa, 39, yang terjatuh ketika melakukan kerja menebang dahan pokok di Kilometer 68.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Simpang Tanjung Jara di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari, Che Wan Mohd Asri dan rakannya, Che Wan Rani Che Wan Deraman, 57, dikejarkan ke Hospital Dungun menggunaka­n ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas terjatuh daripada gondola skylift apabila besi pengangkat jentera itu patah dan tumbang.

Kejadian itu menyebabka­n Che Wan Mohd Asri cedera di kepala dan paha manakala Che Wan Rani dilaporkan kritikal selepas parah di muka dan kepala.

Che Wan Mohd Asri berkata, dia bersama rakannya yang berasal dari Kampung Talong, Hulu Dungun mengambil upah menebang dahan pokok dengan seorang kontraktor.

“Kami mengambil upah menebang dua pokok yang besar dan menghalang kenderaan terutama bas dan lori untuk memasuki simpang di situ.

“Saya bertindak sebagai pembantu manakala Che Wan Rani sebagai penebang dengan menggunaka­n gergaji mesin.

“Kami memulakan kerja menebang jam 10 pagi dan sebaik selesai menebang pokok pertama, kami mula naik menebang pokok kedua,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Dungun.

Menurut Che Wan Asri, ketika menebang dahan pokok pada ketinggian kira-kira 12 meter, besi pengangkat

skylift itu tiba-tiba patah menyebabka­n mereka yang berada di dalam gondola

skylift tercampak.

Dia bersyukur kerana Che Wan Rani sempat melemparka­n gergaji mesin itu dan tidak mustahil mereka terkena gergaji mesin yang masih bergerak jika rakannya tidak sempat berbuat demikian.

“Saya tidak ingat apa yang berlaku dan sebaik tersedar, saya sudah berada di hospital. Lebih menyedihka­n melihat Che Wan Rani yang berada di katil di depan saya di wad kecemasan kritikal.

“Saya tidak putus-putus berdoa agar dia pulih seperti biasa dan dipanjangk­an usia,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Dungun Ramlan Ros Wahib berkata, tiga anggota APM dengan sebuah ambulans bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 12.30 tengah hari.

 ??  ?? ANGGOTA APM mengangkat Che Wan Rani yang kritikal selepas skylift tumbang di Kilometer 68.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Simpang Tanjung Jara, semalam. Gambar kecil, keadaan skylift yang tumbang.
ANGGOTA APM mengangkat Che Wan Rani yang kritikal selepas skylift tumbang di Kilometer 68.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Simpang Tanjung Jara, semalam. Gambar kecil, keadaan skylift yang tumbang.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia