Harian Metro

BURUAN AKHIRNYA TERSUNGKUR

Tiga suspek dipercayai kumpulan sama larikan wang pelanggan bank RM8 juta ditembak mati

- Norizuan Shamsuddin norizuan@hmetro.com.my

Bagi tempoh tahun ini sahaja, sebanyak 86 kes samun keluar bank dicatatkan di Selangor membabitka­n jumlah kerugian RM8 juta”

Fadzil

Tiga penjenayah yang ditembak mati polis petang kelmarin, dipercayai sebahagian kumpulan perompak pernah melarikan wang pelanggan bank berjumlah RM8 juta.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad hasil dari siasatan awal terhadap tiga penjenayah berbahaya yang ditembak di Jalan Sungai Tua, Hulu

Yam Bharu, kelmarin.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek disyaki terbabit dengan beberapa kes samun keluar bank yang dilaporkan berlaku di sekitar Selangor.

“Kami masih meneruskan siasatan berapa banyak kes membabitka­n kumpulan ini.

“Ini kerana bagi tempoh tahun ini sahaja, sebanyak 86 kes samun keluar bank dicatatkan di Selangor membabitka­n jumlah kerugian RM8 juta. Kejadian didalangi beberapa kumpulan termasuk tiga lelaki yang ditembak mati itu,” katanya.

Katanya, kumpulan penjenayah terbabit turut dikesan aktif melakukan kegiatan di negeri berhampira­n, antaranya Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, kes terbaru membabitka­n samun keluar bank dilaporkan di Shah Alam tengah hari tadi, membabitka­n kerugian RM100,000.

Fadzil berkata, kes tembak itu disiasat mengikut

Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Dalam kejadian jam 6.45 petang kelmarin, semua suspek berusia 30 hingga 40-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas berbalas tembakan.

Polis sebelum itu menerima maklumat kenderaan suspek yang dikesan di Bandar Baru Selayang di sini, berhubung kes samun pelanggan bank.

“Sebelum itu, kami mengesan kereta Suzuki Swift putih dinaiki suspek di Bandar Baru Selayang susulan hebahan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berhubung kes samun pelanggan bank.

“Kami cuba menahan kereta terbabit namun suspek memecut. Kami dapat memintas selepas mengejar sejauh kira-kira 10 kilometer,” katanya.

Menurut beliau, dalam usaha melepaskan diri, suspek melepaskan satu das tembakan ke arah anggota polis.

“Bagi mempertaha­nkan diri, kami membalas tembakan menyebabka­n ketiga-tiga suspek maut.

“Pemeriksaa­n pada kereta itu menemui dua parang, sepucuk pistol bersama empat peluru dan barangan peribadi disyaki hasil samun,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia