Harian Metro

BOLEH BELILAH!

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my

Buku diharamkan KDN dijual secara

terbuka di kedai di ibu kota

Masih dijual. Itu situasi terkini yang berlaku di sebuah kedai buku di ibu kota yang didapati masih menjual buku yang dilarang Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Difahamkan, kedai buku berkenaan sudah beberapa kali diserbu pihak penguat kuasa agama termasuk KDN namun pemiliknya masih terus berdegil dan menjual bahan bacaan itu kepada orang ramai. Tinjauan Metro Ahad di beberapa kedai sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) mendapati antara buku yang diharamkan KDN masih lagi dijual dan diletakkan di bahagian kategori rak umum.

Pemerhatia­n wartawan turut mendapati buku bertajuk 100 Keajaiban Di Dunia, Asma Ul-Husna: Rahsia Dan Amalan 99 Nama Allah dan Amalan Mustajab Dan Murah Rezeki masih dijual walaupun pihak berkuasa sudah mengeluark­an larangan penjualann­ya.

Pemilik kedai berkenaan yang ingin dikenali sebagai Ahmed, berusia awal 40-an itu mengatakan, buku berkenaan ada dijual di kedainya namun dalam bilangan yang sedikit.

“Kita ada jual buku ini tapi tak banyak stok, tinggal satu saja.

“Dulu ada banyak tetapi ramai sudah beli. Jika kamu (wartawan) mahu, kita boleh jual pada harga RM15.90 saja,” ka- tanya ketika ditemui, semalam.

Tambahnya lagi, buku berkenaan dahulunya memang laris dijual di kedainya, malah pelanggan juga boleh membuat pesanan untuk membeli.

“Jika sudah habis stok, kita boleh buat pesanan dan akan dapat dalam masa seminggu saja.

“Akak (wartawan) hanya tinggalkan nombor telefon dan nama. Nanti, kami akan telefon bila buku ini sudah sampai,” katanya walaupun mengetahui status buku berkenaan.

Semalam, Harian Metro melaporkan KDN mewartakan Perintah Larangan terhadap 21 penerbitan melalui Warta Kerajaan P.U (A) 391-401 bertarikh 19 Disember kerana boleh memudarat atau mengeliruk­an pembaca terutama generasi muda.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, Warta Perintah Larangan itu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

“Menjadi kesalahan mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilk­an, menghasilk­an semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengelilin­g, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan.

“Mereka boleh dipenjarak­an tidak lebih tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan seperti yang ditetapkan mengikut Seksyen 8 (2) Akta 301,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA buku diharamkan KDN
yang masih dijual.
ANTARA buku diharamkan KDN yang masih dijual.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia