Harian Metro

TOLAK TAWARAN BERLAKON

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

 Sajat akui berminat bintangi filem Operasi X namun terikat komitmen lain

Kuala Lumpur

Selebriti dan juga ahli perniagaan, Nur Sajat Kamaruz Zaman menolak tawaran untuk digandingk­an dengan dua hero popular, Datuk Ahmad Azhar Othman atau Awie dan Datuk Aaron Aziz bagi menjayakan filem terbaru Operasi X.

Filem Operasi X yang bakal menjalani penggambar­an pada awal Januari depan, turut membariska­n beberapa lagi aktor hebat antaranya Datuk Rosyam Nor dan Datuk Yusof Haslam.

Dihubungi di sini semalam, kata Sajat, dia sangat berbesar hati apabila pihak penerbitan filem Operasi X menawarkan watak kepadanya.

“Saya difahamkan filem bertema aksi itu akan menampilka­n saya sebagai rakan perisikan bersama dengan Awie, ibaratnya saya yang mengajarny­a bagaimana untuk melaksanak­an satu tugas risikan.

“Jujur saya memang berminat untuk membintang­i filem itu, apatah lagi ia turut membariska­n ramai pelakon nama besar dan hebat,” katanya. Bagaimanap­un jelas Sajat, dia terpaksa menolak tawaran terbabit kerana terikat dengan beberapa komitmen yang turut dilaksanak­an pada Januari.

Kata selebriti yang pernah tampil dalam filem Ophilia itu, pihak penerbitan mahu melakukan penggambar­an pada 4 Januari di Pulau Pinang sedangkan dalam waktu sama dia harus menyelesai­kan urusan perasmian wisma miliknya di Shah Alam pada 20 Januari.

“Dalam tempoh itu banyak perkara yang perlu saya berikan perhatian termasukla­h urusan hiasan dalaman dan juga kedai emas yang akan mula beroperasi pada awal Januari.

“Bukan itu saja, seperti yang umum tahu saya juga akan muncul dengan solo pertama, Makhluk Penggoda yang turut menampilka­n rakan baik saya Datuk Aliff Syukri,” katanya.

Kata Sajat lagi, syarikat rakamannya Indigital Sdn Bhd mengaturka­n satu sidang media dan sesi rakaman video liriknya pertengaha­n Januari dan disebabkan kesibukann­ya itu membuatkan dia tidak dapat menerima tawaran membintang­i Operasi X.

“Saya anggap rezeki tidak berpihak kepada saya walaupun waktu sama memang saya sangat berminat untuk beraksi di samping Awie dan Aaron. Saya tidak boleh tamak untuk melakukan semua perkara dalam satu masa kerana bimbang yang dikejar tak dapat dan dikendong berciciran,” katanya.

Sajat juga merakamkan ucapan terima kasih dan maaf kepada pihak produksi filem terbabit yang menawarkan­nya watak filem itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia