Harian Metro

Lapangan RC medan pesawat kawalan

-

Produk pelanconga­n baru di Perak iaitu Lapangan RC World Raja Tuanku Jaafar di Lembah Tempurung di sini, menjadi landasan pertama di negara ini yang mempunyai spesifikas­i antarabang­sa bagi aktiviti udara kawalan jauh.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, lapangan itu adalah satu-satunya lapangan di negara ini yang memiliki kemudahan lengkap dari segi landasan dan peralatan kawalan jauh udara.

“Kewujudan lapangan ini diyakini dapat membina satu lagi pasaran dalam industri pelanconga­n di negeri ini sekali gus menjadi daya tarikan kepada peminat sukan alat kawalan jauh,” katanya kepada media selepas perasmian lapangan itu semalam yang disempurna­kan Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Pada majlis itu, Raja Jaafar yang juga Pengerusi RC

World turut merasmikan pertanding­an Perak RC

Fly-In 2017 Warbirds yang diadakan di lapangan itu.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Datuk Mohammed Radzi Manan.

Nolee Ashilin berkata, lapangan itu siap dibina pada 26 September lalu dan mula diuruskan oleh Persatuan Model Kawalan Radio Perak 5 September lalu.

Katanya, setakat ini persatuan itu sedang melatih lapan pelatih juruterban­g RC dan menyasarka­n 50 orang lagi akan dilatih tahun depan.

Gopeng

“Setakat ini kami mempunyai tiga jurulatih penerbanga­n pesawat kawalan jauh dan pesawat yang digunakan adalah Blitz RC Sky Surfer yang menggunaka­n bateri elektrik,” katanya.

Menurut Nolee, kerja penaiktara­fan di lapangan itu akan terus dijalankan dari semasa ke semasa, sekali gus menyasarka­nnya menjadi kawasan rekreasi utama peminat aktiviti kawalan jauh itu.

 ??  ?? RAJA Jaafar (dua dari kanan) melihat pesawat udara kawalan radio yang menyertai pertanding­an.
RAJA Jaafar (dua dari kanan) melihat pesawat udara kawalan radio yang menyertai pertanding­an.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia